Pasar karat biasanya merujuk kepada pasar
tempat menjual barang antik atau barang terpakai. Namun, kebanyakan pasar karat
tidak hanya menghadkan kepada barangan antik sahaja. Barang keperluan harian dan
buah-buhan juga ada dijual di pasar karat.
Sebab itu ada pasar tani juga dikenali
dengan nama pasar karat. Ada tempat yang asalnya dikenali pasar malam juga bertukar
menjadi pasar karat.
Ada pasar karat beroperasi pada waktu malam
dan ada yang menanti kunjungan pembeli pada waktu pagi hingga petang seperti waktu
operasi kebanyakan pasar lain.
Nama pasar karat digunakan mungkin untuk
menggambarkan adalah dijual barang antik dan barang terpakai di situ. Ia seperti
menjadi tanda nama yang mampu menarik kehadiran orang berbanding nama asal pasar
tani atau pasar malam yang memang terdapat di mana-mana.
Jadi, tiada syarat khusus untuk menamakan
pasar karat. Apa yang penting ia dapat menarik kehadiran pembeli di situ.
Belum ada pasar karat yang hanya menjual
barang antik dan barang terpakai sahaja.
No comments:
Post a Comment