Sunday, 24 February 2019

TURUNKAN HARGA MINYAK


Antara janji manifesto Pakatan Harapan yang paling mengujakan pengundi ialah menurunkan harga minyak. Harga minyak di Malaysia dikatakan masih tinggi dan perlu diturunkan memandangkan Malaysia adalah pengeluar minyak.

Setiap kali harga minyak naik, pasti gagak gempita seluruh negara yang dianggap membebankan rakyat. Justeru pembangkang pada era pemerintahan Barisan Nasional akan berjanji menurunkan harga minyak jika berjaya memerintah Malaysia.

Janji menurunkan harga minyak bukan sahaja ketika kempen PRU 14, bahkan pada PRU-PRU sebelumnya. Ini membuktikan isu harga minyak yang didakwa tinggi amat dekat di hati rakyat.

Mana-mana pihak yang berjanji akan menurunkan harga minyak, maka ia akan mendapat sokongan rakyat.

Sekarang, yang berjanji telah menang dan telah memerintah Malaysia. Malangnya janji hanya tinggal janji. Rakyat tertipu.

Harga minyak masih ditentukan mengikut harga pasaran. Ada turun dan naik. Satu pengajaran untuk rakyat.

No comments:

Post a Comment