Penyelenggaraan adalah aktiviti yang
dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan,
kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya
bagi memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti
kemudahan serta selamat digunakan.
Tujuan penyelenggaran ialah bagi memastikan:
- Selamat dan boleh guna (dari segi
ketahanan dan kesihatan).
- Mematuhi segala kehendak
undang-undang berkanun (statutory requirement) yang ditetapkan (diwartakan)
oleh badan kerajaan (Akta 447 Bekalan Elektrik, Akta Jabatan Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bomba Suruhanjaya Tenaga dan sebagainya).
- Mendapatkan ketahanan maksima
sejajar dengan perbelanjaan.
- Mencapai tahap bolehguna yang
diterima.
- Mencegah kerosakan berterusan
sehingga sukar diperbaiki (beyond economic repair) dan dengan ini menjimatkan
perbelanjaan.
- Mendapatkan nilai pasaran maksima
bagi projek baru, bangunan dan kelengkapan dan serbis.
- Mengekalkan kecantikan dan
keselesaan.
Jenis penyelenggaraan yang perlu dilakukan:
- Penyelenggaraan Mencegah Kerosakan (Preventive Maintenance):
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan mengikut program atau plan perancangan
yang ditetapkan berdasarkan polisi penyelenggaraan, tempoh hayat premis dan
pemeriksaan berkala.
- Penyelenggaraan Membaiki Kerosakan (Breakdown Maintenance):
Kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan berdasarkan laporan kerosakan pelanggan
atau kerosakan yang ditemui semasa pemeriksaan berkala atau dengan kata lain
kerja penyelenggaraan selepas berlaku kerosakan.
Kategori
Kerosakan:
- Cemas (Emergency) –
kerosakan ke atas perhubungan atau perkhidmatan penting (terputus atau
terganggu) yang menyulitkan kehidupan pengguna atau yang boleh menjejaskan
perkhidmatan atau keselamatan pengguna (misalnya gas bocor, paip air pecah,
bekalan elektrik terputus dan pintu keselamatan rosak).
- Segera (Urgent) – kerosakan yang melibatkan keselamatan
pengguna dan harta benda serta boleh menjejaskan perkhidmatan dan keselesaan
kepada kumpulan pengguna (misalnya kunci rosak, penyaman udara tidak berfungsi,
paip buangan tersumbat).
- Biasa (Normal) – kerosakan lain yang tidak menjejaskan
perkhidmatan atau menyebabkan ketidakselesaan yang minimum kepada pengguna.
No comments:
Post a Comment