Monday, 8 July 2019

HARI NAKBA SEJARAH KECELAKAAN MENIMPA RAKYAT PALESTIN

Hari Nakba bermaksud 'hari kecelakaan' merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 750,000 warga Palestin menjadi pelarian.

Hari Nakba disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas pengisytirahan penebuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948.

Sambutan atau acara Peringatan Sejarah Hari Nakba mula dilakukan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat. Pada tahun itu lebih sejuta orang Palestin terlibat dalam perarakan di Tebing Barat Gaza.

Rakyat Palestin diusir dari tanah air mereka secara terancang oleh Yahudi. Sehingga kini lebih 78 peratus tanah Palestin dirampas. Lebih 500 perkampungan Arab dimusnahkan.

“Sebuah masyarakat yang telah menetap lebih 1,000 tahun di situ telah dimusnahkan, dihalau, dan dipaksa merempat di serata Timur Tengah. Rakyat Palestin lari atas sebab yang sama semua pelarian perang lari – untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka, juga kerana di sesetengah tempat Israel melakukan jenayah penghapusan etnik.” – Jeremy Bowen, Six Days

Mimpi indah Zionis Yahudi untuk memiliki sebuah negara khusus untuk orang-orang Yahudi akhirnya terlaksana pada malam 14 Mei 1948 setelah lebih setengah abad Theodore Hertzl mengilhamkan idea penubuhan negara Yahudi di Palestin.

Bumi yang mendapat julukan ‘tanah yang diberkati’ itu kini beralih-tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun  berada di bawah naungan kerajaan Islam; pemerintahan paling lama dan paling cemerlang pernah direkodkan di Palestin.

Dengan kata lain, permulaan kegembiraan Zionis Yahudi adalah permulaan derita buat rakyat Palestin. Penderitaan ini setanding – jika tidak lebih teruk, dengan penderitaan masyarakat Yahudi yang hidup bertaburan di seluruh dunia kesan daripada rasisme (antisemitisme) di Eropah dan holokos semasa Perang Dunia Kedua.

Malapetaka besar ini masih menghantui rakyat Palestin. Rakyat Palestin masih terus dibunuh dan dibelenggu penjajahan sehingga hari ini.

No comments:

Post a Comment