Monday 15 July 2019

UMNO BAKAL BERKUBUR SATU TEORI TANPA MELIHAT REALITI


Ketika UMNO dikatakan tidak lagi mendapat sambutan dan ditolak majoriti rakyat Malaysia, termasuk di kalangan ahlinya, hakikat sebenar adalah sebaliknya.

Yang masih tidak mendapat sambutan dan diadakan dalam keadaan suram ialah parti dari Pakatan Harapan. Jika pun meriah dan mendapat perhatian ialah kerana ada berlaku perbalahan atau pergaduhan dan tidak puashati sesama ahli.  

Sebaliknya, UMNO peringkat cawangan dan bahagian masih mampu mengadakan mesyuarat tahunan dengan jayanya. Kehadiran ahli masih seperti dahulu, melainkan ketiadaan ahli di kalangan pejawat awam seperti guru dan kakitangan KEMAS. Kehadiran yang lain masih seperti biasa.

Malah, mesyuarat UMNO bahagian menjadi semakin meriah dan bermakna apabila semasa majlis perasmian turut dihadiri oleh pemimpin Pas.

Jadi, dimana benar kononnya UMNO bakal berkubur. Kalaupun berkubur ia bukan ditolak oleh ahlinya, tetapi kerana tindakan undang-undang yang kenakan melalui campurtangan pemerintah.

No comments:

Post a Comment