Kuih topi atau juga dipanggil cucur topi
antara jenis kueh yang terkenal di Kelantan. Kuih topi juga dikenali dengan
nama cucur jawa memang menjadi kegemaran ramai kerana tekstur kuih itu yang
garing di tepi dan lembut di tengah.
Bahan-bahan diperlukan:
- 2 cawan tepung beras.
- 2/3 cawan tepung gandum.
- 1 cawan gula (boleh dikurangkan jika tidak
suka manis).
- secubit
garam.
- air 1 cawan lebih skit jer...
Cara menyediakan:
- Kacau semua bahan-bahan tadi hingga sebati.
- Pakai senduk ditenyeh sambil membulat.
- Ulang banyak kali.
- Lepas itu dibiarkan semalaman.
- Esok boleh digoreng.
Cara menggoreng:
- Masukkan 200ml minyak masak ke dalam kuali.
- Pastikan minyak betul-betul panas dengan
api sederhana.
- Sendukkan adunan ke dalam kuali (sedikit sahaja)
- Apabila adunan telah rata, terbalikkan
dengan menggunakan penyepit.
- Adunan akan mula menggelembung di bahagian
tengah seperti topi.
- Apabila sekeliling kuih mula nampak
kekuningan, angkat dan toskan.
- Untuk memasukkan adunan seterusnya, pastikan
minyak telah betul-betul panas (ambil masa kira-kira 7 saat selepas diangkat
yang sebelumnya.
- Kuih topi akan betul-betul rangup selepas
sejuk.
No comments:
Post a Comment