Saturday 13 July 2019

KAK ANI BERTEMU LAWAN YANG KINI JADI KAWAN

Rohani Ibrahim atau Kak Ani adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Mas selama empat penggal bermula PRU11 (21 Mac 2004). PRU12 (8 Mac 2008), PRU13 (5 Mei 2013) dan PRU 14 yang diadakan pada 9 Mei 2019.

Pada keempat-empat PRU itu Kak Ani ditentang oleh calon dari Barisan Nasional. Pada PRU 11 Kak Ani ditentang oleh Che Mansor Adabi Che Hassan, PRU 12 (Khazuni Othman), PRU13 (Kanidy Omar) dan pada PRU 14 Madihah Ab Aziz.

Satu peristiwa bersejarah apabila Kak Ani dapat berada di majlis yang dihadiri oleh empat individu yang pernah menjadi seterunya atau gu lawan dalam PRU-PRU dahulu. 

Majlis yang dimaksudkan ialah perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu Kali Ke 25 2019 (12-07-2019) yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Kak Ani tidak keseorangan hadir majlis tersebut, tetapi juga turut hadir Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payong, Datuk Dr Ramli Mamat.

Datuk Takiyuddin Hasan pernah dua kali ditentang oleh Tan Sri Fatmi Che Salleh dalam dua PRU. Fatmi adalah Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Manakala Datuk Dr Ramli Mamat pernah ditentang oleh Ustaz Mohd Fakhrurazi Abd Rahim, yang kini Pengerusi Biro Agama UMNO Bahagian Kota Bharu pada PRU Ke 13 dan pada PRU Ke 14 oleh Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin yang kini Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu.

Dengan kata lain Mesyuarat  Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu Kali Ke 25 telah menghimpunkan dan menemukan mereka yang pernah menjadi lawan dalam PRU yang lalu.

Namun, dengan wujudnya kerjasama UMNO dan Pas, insya Allah perseteruan yang berlaku pada PRU-PRU lalu tidak akan lagi berlaku. Mereka akan bergabung dalam satu pasukan untuk menentang dan berlawan dengan pihak lain.

Gambar Kak Ani bersama Madihah Ab Aziz.

No comments:

Post a Comment