Saturday 13 July 2019

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KOTA BHARU 2019


Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan, Timbalan Presiden UMNO Malaysia merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu Kali Ke 25 Tahun 2019  (12-07-2019).

Majlis perasmian dihadiri barisan kepimpinan UMNO Bahagian Kota Bharu yang diketuai Tan Sri Fatmi Che Salleh, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub, wakil parti komponen BN iaitu dari MCA dan MIC, serta lebih 600 orang perwakilan.

Persidangan itu turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan rombongannya termasuklah Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Bunut Payong, Datuk Dr Ramli Mamat dan Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Tanjung Mas, Rohani Ibrahim.

Tok Mat ketika ucapan perasmian menekankan betapa pentingnya orang Melayu Islam bersatu untuk mengembalikan kuasa dan kedudukan di Malaysia ini.

Penyatuan ummah melibatkan UMNO dan Pas adalah satu platfom terbaik untuk dua parti Melayu Islam terbesar di Malaysia.

Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa penyatuan itu bermaksud mengistiharkan perang terhadap bukan Islam.

Katanya, selama Pas memerintah Kelantan lebih 28 tahun, keharmonian kaum terjaga dengan baik. Itu bukti Islam adalah agama tolerasi dan menghormati fahaman penganut agama lain.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti sedang memuktamadkan Piagam Penyatuan Ummah.

Apa yang akar umbi harapkan, sama ada UMNO mahu pun PAS, ikhlas dalam membina semula ummah demi agama, bangsa dan tanah air...

Ketepikan kepentingan peribadi, itu yang penting. Cari titik persamaan atas semua perbezaan ideologi politik masing-masing.  

No comments:

Post a Comment