Tuesday 1 October 2019

AKTA LAGU KEBANGSAAN 1968 (AKTA 390)


Akta Lagu Kebangsaan 1968 (Akta 390) telah diluluskan sejak tahun 1968 oleh Parlimen Malaysia dan melalui proses semakan pada tahun 1989.

Menurut Seksyen 8 (1) Akta Lagu Kebangsaan 1968, rakyat Malaysia hendaklah menunjukkan rasa hormat, sayang dan mencintai lagu kebangsaan dan dikehendaki berdiri apabila lagu Negaraku dinyanyikan pada bila-bila masa dan di mana jua.

Seksyen 8 (2) pula menegaskan bentuk hukuman kepada sesiapa yang ingkar dan tidak menunjukkan rasa hormat kepada lagu Negaraku, di mana seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM100.00 atau penjara tidak melebihi satu (1) bulan sekiranya di dapati bersalah oleh mahkamah.

Manakala Seksyen 8 (3) pula dengan jelas menerangkan apa sahaja perlakuan yang boleh membawa dan menjurus kepada merendahkan prestij lagu kebangsaan pada pandangan masyarakat awam adalah dianggap sebagai tindakan tidak menghormati lagu berkenaan.

Seksyen 9 Akta berkenaan memberi kuasa penuh kepada pihak Polis untuk menangkap sesiapa sahaja yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta berkenaan tanpa sebarang waran melainkan sekiranya beliau memberi akujanji bahawa beliau akan menjawab segala saman dan proseding yang akan dilaksanakan ke atas beliau kelak.

Akta ini diwujudkan bagi menjaga kredibiliti, prestij, kewibawaan dan maruah lagu Negaraku yang merupakan satu-satunya lagu kebangsaan negara.

No comments:

Post a Comment