Thursday 3 October 2019

KESAN BAIK KEMPEN BELI PRODUK MUSLIM


Singgah di kedai Muslim hendak beli ikan sardin yang dipesan isteri. Tanya kepada pemilik kedai, di mana rak terletak ikan sardin.

Apabila ditunjukkan tempat itu, dan melihat beberapa jenama yang ada, ternyata tidak ada satupun jenama sardin keluaran Muslim.

Memandangkan tiada jenama milik Muslim, maka diambilkan jenama bukan Muslim.

Walaupun rasa terkilan, sekurang-kurangnya telah menjayakan kempen utamakan produk Muslim iaitu beli barang bukan Muslim di kedai Muslim.

Pemilik kedai memberi tahu, stok produk Muslim akan sampai sedikit masa lagi. Sebelum ini dia tidak menjual sardin produk Muslim kerana tiada permintaan.

Namun, menurutnya sejak kempen beli produk Muslim dahulu, ramai pelanggan bertanya tentang produk Muslim. Jadi, dia telah membuat tempahan kepada pengilang produk Muslim.

Inilah dikatakan kejayaan apabila Muslim bersatu. Teruskan usaha menjayakan kempen beli produk Muslim.

No comments:

Post a Comment