Replika perahu atau bot nelayan ini sinonim dengan nama Tok Bali. Tengok saja gambar replika ini, terus teringat Tok Bali. Malah, Kampung Tok Bali selalu dikaitkan dengan replika ini. Sedangkan nama sebenar letaknya replika ini ialah Kampung Air Tawar, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
Nama Tok Bali lebih dikenali kerana adanya projek
perikanan Tok Bali, pelabuhan Tok Bali dan pelbagai lagi nama yang menggunakan
nama Tok Bali berada di sekitar kampung tersebut.
Tok Bali
sebenarnya nama kampung yang terletak berhampiran Kampung Air Tawar di seberang
Terusan Semerak.
Kedua-dua
kampung ini dihubungi oleh Jambatan Tok Bali yang menjadi ikon kepada kawasan
Tok Bali. Jambatan itu dibina melengkung merentasi Terusan Semerak yang juga
dikenali Sungai Semerak.
Nama Kampung Air Tawar tenggelam
kerana faktor nama sesuatu tempat biasanya 'dikuasai' oleh nama tempat
berhampiran yang lebih dikenali.
Maka itu,
banyak orang merujuk atau menyebut nama sesuatu tempat mengikut nama yang mudah
dikenali oleh pihak lain.
Akibat itu
ada nama sebenar tempat itu terus hilang dari pengetahuan orang ramai, kecuali
penduduk setempat dan kekal tertulis di geran hakmilik tanah.
Apapun nama dikenali, Kampung Air Tawar yang dulunya terpinggir arus pembangunan, kini antara kawasan mendapat perhatian ramai.
Pembangunan berhampiran kawasan itu rancak berlaku dan membawa rahmat besar kepada penduduknya.
Kalau boleh saya tahu, bila ia dibina? dan pemiliknya siapa? Majlis daerah Pasir Puteh ke?
ReplyDelete