Hubungan seks satu perbuatan murni atau baik
jika dilakukan oleh pasangan suami isteri. Dalam Islam amalan itu
dituntut untuk memenuhi naluri atau sifat semulajadi manusia. Seks juga
untuk melahirkan zuriat yang sah nasabnya.
Malang sekali, golongan muda menjadikan seks
pemuas hawa nafsu semata-mata. Mereka ingin meniru seperti apa dilakukan
pasangan suami isteri. Sekarang ini tidak asing jika ada pasangan kekasih
tinggal serumah seperti suami isteri biarpun belum dikahwinkan secara sah.
Langkah pembendungan adalah berkait rapat dengan mencegah puncanya. Jika
punca terjadi kes dapat dikawal, maka secara langsung kejadian itu dapat
dibendung.
Remaja perlu dididik agar menjaga maruah dan batas pergaulan. Ibu bapa
perlu memainkan peranan utama mengawal pergerakan anak masing-masing. Tindakan ini bukan menyekat 100 pergaulan mereka kerana kongkongan melampau
akan menyebabkan kesan buruk lain.
Apa yang patut dilakukan ialah mengelak mereka bergaul dengan kawan yang rosak akhlak. Halang anak daripada keluar pada waktu malam, terutama apabila sudah lewat malam.
Biarpun kita berbangga peningkatan capaian penggunaan jalur lebar atau
internet di negara kita, pengguna mesti disedarkan agar mengelak daripada
melayari laman pronografi. Kerajaan perlu menyekat laman pronografi.
Ibu bapa juga mesti mendidik dan menghalang anak masing-masing daripada melayari laman pronografi.
Seks adalah murni jika dilakukan oleh pasangan suami isteri. Justeru, generasi muda yang tidak dapat mengawal diri daripada terjebak dalam aktiviti seks hendaklah berkahwin sebagai cara halal memenuhi tuntutan itu.
Ibu bapa juga mesti mendidik dan menghalang anak masing-masing daripada melayari laman pronografi.
Seks adalah murni jika dilakukan oleh pasangan suami isteri. Justeru, generasi muda yang tidak dapat mengawal diri daripada terjebak dalam aktiviti seks hendaklah berkahwin sebagai cara halal memenuhi tuntutan itu.
Pasangan yang belum berkahwin mesti dijelaskan bahawa perbuatan seks sama
sekali ditegah daripada dilakukan oleh mereka atas alasan apa
sekalipun.
Kita tidak patut terpengaruh dengan budaya Barat yang menjadikan seks
sebagai lambang kematangan dan kebebasan. Bahkan mereka menjadikan seks
sebagai tanda bukti cinta atau untuk merapatkan persahabatan.
Pihak kerajaan mesti menetapkan garis panduan yang lebih ketat terhadap
media massa agar tidak menyiarkan kandungan yang berunsur seks
'melampau'. Penerbit perlu mencari pendekatan lain untuk menarik pembaca
atau penonton, bukannya menggunakan unsur seks.
Kerajaan mesti menggubal undang-undang lebih tegas terhadap mereka terlibat kes pembuangan bayi. Cadangan agar hukuman mati dan penjara lebih lama terhadap persalah itu adalah disokong.
Beriman dengan hari akhirat adalah mempercayai bahawa selepas manusia mati, Ada suatu kehidupan lain di akhirat di mana manusia akan dibangkitkan semula
untuk menerima pembalasan daripada Allah di atas segala perbuatan yang
dilakukan oleh mereka di dunia ini.
Sesungguhnya mereka yang beriman kepada hari akhirat tidak sekali-kali akan
melakukan perbuatan dosa kerana mereka sedar perbuatan dosa itu akan
menyebabkan diri akan dimasukkan ke dalam neraka yang amat pedih siksaannya.
Firman Allah SWT yang maksudnya: "Di hari itu, Allah akan
menyempurnakan balasan yang setimpal untuk mereka (berdasarkan amalan mereka
yang sebenar), dan tahulah mereka bahawa Allahlah yang benar, lagi yang
menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikatnya yang sebenar." - (Surah
an-Nur, ayat 25).
Maka, sesiapa yang beriman kepada hari kiamat akan menjauhkan apa-apa
perlakuan atau perbuatan yang termasuk dalam senarai dosa dan meningkatkan
segala amalan yang mendatangkan kebaikan.
Perbuatan zina diharamkan kerana ia perbuatan keji melanggar ketetapan
agama. Besar dosa mereka melakukan zina dan membawa lebih banyak
keburukan lain.
Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina kerana
sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang
buruk." (Surah al-Israk, ayat 32).
Banyak kes bayi dibunuh sebelum mayatnya dibuang seperti bangkai
haiwan. Ada juga kes yang mana bayi yang dibuang masih hidup, kemudian
mati disebabkan tidak mendapat keperluan yang sepatutnya (susu, perlindungan
fizikal dan jagaan).
Perbuatan itu disamakan seperti membunuh.
Sesungguh perbuatan membunuh amat ditegah dalam Islam. Firman Allah
bemaksud: "Janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan oleh Allah
(membunuhnya) kecuali dengan jalan yang sah." - (Surah al-Israk, ayat 33).
Islam menyediakan langkah pencegahan untuk mengelak berlaku perbuatan
zina. Lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinan tidak dibenarkan
berada berdua-dua di tempat terlindung.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Jangan sekali seorang lelaki
bersama-sama dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana yang ketiganya
adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya." (Hadis riwayat Ahmad).
Untuk mengelak zina yang menyumbang kes
pembuangan bayi, dinasihatkan kepada mereka yang cenderung melakukan hubungan
seks dan mampu berkahwin, maka bersegeralah berkahwin.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Wahai
pemuda-pemuda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka
kahwinlah, kerana sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga
kehormatan. Dan barangsiapa belum mampu, maka hendaklah dia berpuasa,
kerana puasa itu mengurangi nafsu syahwat.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).
Masyarakat perlu mengubah minda dengan lebih
positif, bukan lagi berfikiran ortodoks bahawa anak luar nikah itu patut
disisih dan jika dibuang.
Mereka yang melakukan zina dan melahirkan
anak zina perlu bertaubat dan janganlah pula menambah dosa dengan membuang
bayi.
Sesungguhnya setiap anak dilahirkan dalam
keadaan fitrah atau bersih daripada sebarang dosa yang dilakukan oleh ibu
bapanya. Biarpun dilahirkan sebagai anak zina, anak
itu masih berpeluang hidup sebagai insan mulia jika dididik dengan baik.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Setiap anak
dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Ibu bapalah yang mencorakkan sama
ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi." - (Hadis riwayat Bukhri
dan Muslim).
No comments:
Post a Comment