Generasi muda bakal pewaris kepimpinan negara.
Namun kebelakangan ini, sikap generasi muda menunjukkan mereka tidak peka dan
sensitif terhadap sosialisasi politik negara.
Antara faktor golongan belia kurang sensitif terhadap aktiviti sosialisasi politik negara disebabkan hidup selesa dan mewah. Generasi pasca merdeka tidak mengalami perit hidup sebelum merdeka dan suasana ketika baru mencapai kemerdekaan.

Jika belia terus pasif serta tiada ‘cakna’ dalam
aktiviti sosialisasi politik, nescaya kita akan ketandusan pemimpin berkaliber
dalam proses pengurusan dan pentadbiran negara pada masa hadapan. Proses
melahirkan pemimpin unggul mengambil masa lama melalui pengalaman dan asuhan
berterusan.
Kajian yang pernah diadakan mendapati sosialisasi
politik dalam kalangan belia adalah di peringkat sederhana baik sahaja kerana
ramai belia yang tidak membabitkan diri dalam aktiviti sosialisasi politik.
Sosialisasi politik bermaksud bagaimana kita menerima norma, nilai dan
pengalaman politik dalam kehidupan kita.
Sosialisasi politik dipengaruhi oleh ibu bapa,
ahli keluarga, rakan sebaya, malah media dalam menerima atau menolak sesuatu
parti politik. Namun keentengan generasi muda terhadap perkara ini menyebabkan
mereka menunjukkan sikap berkecuali dengan persekitaran yang berlaku di
sekeliling mereka.
Mereka menganggap bahawa tugas kerajaan adalah untuk
melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka, namun
mereka tidak membantu dari segi kestabilan politik negara dengan tidak
mendaftar sebagai pemilih, atau telah mendaftar, tetapi tidak membuang undi.
Selain itu, persepsi generasi muda yang sempit
terhadap politik turut mempengaruhi sikap berkecuali mereka dalam sosialisasi
politik negara. Mereka beranggapan bahawa keterlibatan dalam politik adalah
berusaha untuk menjadi pemimpin parti politik di peringkat tempatan dan
nasional.
Di samping itu, kelekaan golongan muda dalam arus
hiburan dan keseronokan menyebabkan mereka mengabaikan hal-hal lain yang lebih
besar dalam kehidupan mereka, khususnya dalam berpolitik.
Langkah drastik perlu diambil oleh kerajaan dan
semua pihak perlu menggembleng tenaga ke arah yang sama. Kerajaan mungkin boleh
menyuntik kefahaman dalam kalangan belia dengan mewujudkan satu subjek khas di
sekolah atau di institut pengajian tinggi.
Pendidikan tentang struktur dan pentadbiran kerajaan Malaysia penting supaya golongan belia akan sedar dan memahami tanggungjawab mereka dalam kepentingan politik negara. Pelbagai kursus untuk menimbulkan kesedaran berpolitik juga wajar dilaksanakan oleh semua pihak bertanggungjawab.

Di samping itu, pihak universiti juga perlu
memainkan peranan untuk mencetuskan kesedaran di kalangan mahasiswa serta
menggalakkan mereka keluar mengundi dengan mengisytihar cuti umum ketika
pilihan raya berlangsung.
Golongan muda tidak sepatutnya berfikiran negatif
terhadap sosialisasi politik kerana kepemimpinan masa hadapan tetap akan
tergalas di bahu kita. Duka cita golongan terpelajar tidak memahami sistem
politik negara.
Sebab itu, mereka tidak kisah tentang apa yang berlaku dalam politik. Tetapi, jika hak mereka tidak ditunai, tahu pula mereka menyalahkan pemimpin politik, sedangkan mereka sendiri benci atau tidak ambil peduli tentang politik.

No comments:
Post a Comment