Nikah mutaah bererti lelaki menikahi wanita dengan perjanjian
tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama.
Apabila tempoh itu tiba,
berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak
mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, nikah mutaah
adalah nikah kontrak bertempoh.
Cara nikah mutaah amat
mudah. Tidak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu
ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan
tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita
tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah.
Tanpa mengambil peduli sama ada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak. Dengan kata lain, wanita boleh mempunyai lebih dari satu orang pada satu-satu masa apabila dinikahi secara mutaah oleh lelaki lain.

Mereka mengikat tali
perkahwinan untuk jangka masa tertentu sama ada setahun, sebulan, seminggu atau
sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikan
tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu
melafazkan cerai.
Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.

Setelah tamat tempoh,
jika dia mahu berkahwin semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya
menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga
tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa.
Dengan nikah mutaah, lelaki boleh berpoligami sebanyak mana diingini.
Hukum nikah mutaah ada
peringkatnya. Pada zaman awal Islam, Rasulullah SAW membenarkah nikah mutaah kerana
ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman Jahilliyah ketika itu.
Kemudian nikah mutaah diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah SAW, baginda mengharamkan nikah mutaah secara mutlak sehingga hari kiamat.

Justeru, hukum muktamad nikah mutaah adalah
haram atau tidak sah dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan
tokoh-tokoh ilmuan Islam dari semua mazhab baik Syafie, Hambali, Maliki dan
Hanafi.
Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah SAW sedang berpidato di antara pintu Kaabah dan Hijr Ismail.
Baginda bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mutaah. Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mutaah, haruslah dia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah SWT telah mengharamkan nikah mutaah sampai hari kiamat"
No comments:
Post a Comment