Rasulullah SAW ketika peristiwa Israk dan Mikraj
memberi gambaran seksa bagi lelaki penzina.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Kemudian aku melihat beberapa lelaki memegang daging gemuk yang bermutu, di
sebelahnya terdapat daging kurus yang sudah busuk. Mereka memakan daging busuk
itu dan meninggalkan daging gemuk yang bermutu."
"Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah mereka wahai Jibril? Jibril menjawab: Mereka adalah orang yang meninggalkan wanita yang sudah dihalalkan oleh Allah terhadap mereka (isteri) dan pergi kepada wanita yang diharamkan oleh terhadap mereka.” (Hadis riwayat Ibnu Ishak daripada Said al-Khudri)
Imam Syafie pernah
berkata: "Hindarilah segala yang tidak pantas dilakukan oleh seorang
muslim. Zina adalah hutang, Jika Engkau mengambilnya hutang. Maka, Ketahuilah
bahwa tebusannya adalah anggota keluargamu. Barangsiapa berzina, akan dizinai
meskipun di dalam rumahnya. Camkanlah, jika engkau termasuk orang yang
berakal."
Perbuatan zina
menghilangkan kehormatan seorang gadis dan menyelimutinya dengan kehinaan, yang
tidak hanya di tanggung seorang diri, tapi juga akan mencemari kehormatan
keluarganya. Rasa hina itu akan berpengaruh terhadap keluarga, suami dan
kerabatnya, sehingga membuat kepala-kepala mereka tertunduk malu di tengah
masyarakat.
Punca berlaku zina ialah
menonton video lucah. Perbuatan itu dikiaskan dengan sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: "Ditulis bagi setiap anak Adam bahagiannya
daripada zina. Ia pasti melakukannya tanpa dapat dielakkan, zina mata adalah
disebabkan pandangan, zina lisan adalah disebabkan berbicara, zina telinga
adalah mendengar, zina tangan adalah menggunakannya, zina kaki apabila ia
melangkah, jiwa berharap dan berhasrat, malulah yang membenarkan atau
mendustakannya."
Sesungguhnya menonton
filem lucah akan mendorong seseorang memikirkan mengenai apa yang dilihatnya
itu, sekali gus menyebabkannya ingin melakukan adegan yang ditonton itu.
Untuk mengekang hawa
nafsu, amalkan nasihat Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai pemuda, sesiapa
yang berkemampuan di kalangan kamu maka hendaklah dia berkahwin, sesiapa yang
tidak berkemampuan maka hendaklah dia berpuasa, kerana ia akan bertindak
sebagai benteng buatnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Selain itu hendaklah
memenuhi masa lapang dengan kegiatan berfaedah agar jiwa yang kekosongan itu
berisi dengan sempurna. Cubalah mendampingi ahli ilmu, terutama di kalangan
ustaz yang soleh yang dapat membimbing saudara kepada keimanan dan jati diri
Islam.
Sebagai tambahan,
ambillah kesempatan untuk melakukan zikrullah dan doa pemelihara iman agar
terselamat daripada fitnah dunia dan gangguan syaitan.
Pernah pada zaman Nabi
seperti yang diriwayatkan dalam Musnad Ahmad, Nabi SAW mendoakan untuk seorang
sahabat, yang gemar berzina dengan doa yang maksudnya: "Ya Allah,
bersihkan hatinya, peliharalah kemaluannya dan berilah keampunan
kepadanya".
Hasil doa Nabi itu
sebagai sebuah mukjizat, pemuda itu bertukar menjadi seorang Muslim yang
istiqamah dalam kebaikan seperti yang disampaikan oleh perawi hadis, Abu
Umamah. Walaupun kes ini agak berbeza, tetapi konteksnya agak sama, mohonlah
kepada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan dan taufik-Nya.
No comments:
Post a Comment