Banyak orang menceburi perniagan dan berusaha untuk berjaya. Menceburi
perniagaan dianggap cara untuk menjadi kaya sehingga tahap jutawan. Namun,
tidak semua berjaya dalam mengapai cita-cita menjadi usahawan berjaya. Ada yang
tersungkur di tengah jalan. Perniagaan tidak berkembang dan mengalami kerugian.
Lebih malang terpaksa menanggug hutang yang banyak.
Berniaga bukan hanya membeli dan menjual sesuatu produk. Perniagaan satu
yang kompleks dan memerlukan ilmu untuk menceburinya. Bukan boleh dianggap
sebagai hanya cuba-cuba. Lainlah, jika sekadar mencuba berniaga modal dua tiga
ratus ringgit saja.
Dalam kebanyakan perniagaan, kita perlu menjual diri untuk berjaya. Bina
keyakinan diri agar nampak menonjol dan berjaya. Lakukan sesuatu membuatkan
diri kita dipandang oleh orang lain. Untuk membentuk keyakinan dalam diri
bukannya mudah, ia memerlukan kekuatan mental yang kuat untuk terus mengekalkan
kepercayaan kepada diri sendiri.
Peniaga online sebagai contoh, biarpun nampak mudah, hakikatnya perlu
menjual diri di media sosial. Pastikan penampilan diri di media sosial secara
konsisten dan mempamerkan apa yang kita jual. Yakin diri dan berkongsi kebaikan
apa yang kita jual.
Guna gambar profile dan gambar lain yang mencerminkan diri anda orang
yang menepati apa yang dijual. Kalau jual produk kesihatan, pastkan kita
sentiasa menceritakan tentang aktiviti yang mencerminkan kita sihat dan
bertenaga.
Jika, menjual produk kurus, pastikan kita adalah orang yang kurus atau
mempunyai berat badan unggul. Tentu sekali kita mempunyai wajah muka yang
bersih, tidak semestinya cantik, jika menjual produk wajah.
Itu namanya menjual diri. Selalukan buat status di media sosial yang
menampilkan keyakinan kepada produk yang dijual. Tonjolkan gaya hidup yang bertepatan dengan
produk yang dipasarkan.
Kalau semuanya menarik dan hebat, pasti produk itu akan mendapat
perhatian yang menarik orang ramai membelinya atau menyertai sama.
No comments:
Post a Comment