Hadis berkaitan khasiat kurma. Hadis riwayat
Ahmad bermaksud: "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah
kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda
Rasulullah akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur,
maka Baginda meminum beberapa teguk air."
Dari Ibnu Qayyim dalam Tib An Nabawi, Nabi
SAW berkata: "Kurma dapat menguatkan perut, hati, ingatan, untuk
mengembangkan pembangunan badan, menyembuhkan penyakit dan bertindak sebagai
makanan dan minuman."
Kurma sarat
dengan serat yang tinggi, gula semulajadi, vitamin (A, B-Kompleks, dan
lain-lain), asid amino dan mineral (kalium, kalsium, magnesium, dan lain-lain)
yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan prestasi puncak kedua-dua minda
serta badan.
Mengikut kajian Dr.Mahmud Nazim Al-Nasimy
dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan,
hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu
proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir
kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat
mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan
tekanan darah tinggi.
Kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain
Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan
bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal
badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan
ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual,kurma juga boleh
digunakan sebagai pencuci mulut.
Mengikut hasil kajian Ahli Sains Mesir telah
terbukti khasiat kurma dalam membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan
tubuh badan serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia
juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindari dari penyakit barah,
merawat buah pinggang dan mencuci hati, dan membantu mengurangkan pengaliran
darah semasa kelahiran.
Manakala sudut sains pula mengatakan,
kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala
kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya
adalah glukosa.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
No comments:
Post a Comment