Seorang Profesor melakukan kajian pada mahasiswa yang sudah berkeluarga. Dia lalu meminta seorang mahasiswa untuk ke depan papan putih.
Profesor: Tuliskan 10 nama orang yang paling dekat denganmu!
Lalu mahasiswa itu menulis 10 nama, ada nama ibu, bapa, isteri,
jiran, teman sekerja, anak dan adik beradik.
Profesor: Sekarang silakan pilih tujuh orang di antara 10
nama tersebut yang kamu benar-benar ingin hidup terus bersamanya. Padam tiga
nama.
Lalu mahasiswa memadam tiga nama seperti diarahkan.
Profesor: Silakan buangkan 2 nama lagi! Tinggakan 5 nama
sahaja.
Mahasiswa itu dengan yakin memadamkan dua nama lagi.
Seterusnya, Profesor menyuruhnya dibuang dua nama lagi yang
supaya hanya tinggal tiga nama sahaja iaitu nama ibu, isteri dan anak.
Suasana kelas jadi hening. Mereka menyangka semuanya sudah
selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.
Tiba-tiba Profesor berkata: Silakan buang 1 nama lagi!
Mahasiswa itu berfikir untuk sementara waktu, lalu dengan
perlahan ia mengambil pilihan yang amat sukar iaitu memadamkan nama ibunya.!!!
Suasana kelas semakin hening. Profesor sekali lagi bersuara mengarahkan: Silakan buangkan satu
nama lagi!
Hati si mahasiswa makin bingung..Suasana kelas makin tegang.
Mereka semua juga berfikir mencari pilihan yang terbaik. Mahasiswa itu
kemudian dengan sangat lambat dia
memadam nama anaknya.!!!"
Bersamaan dengan itulah sang mahasiswa tidak tahan lagi menahan
air matanya, dan ia pun menangis. Suasana kesedihan menyelinap seluruh jiwa rakan sekuliah. Setelah suasana lebih tenang, akhirnya sang
Profesor bertanya.
Professor: Kenapa kamu tidak memilih orang tua yang
membesarkanmu.. tidak juga memilih anak yang adalah darah dagingmu. Kenapa
kamu memilih isteri? Isteri boleh dicari
ganti.
Semua orang di dalam dewan kuliah terpaku menunggu jawaban
dari mulut mahasiswa itu.
No comments:
Post a Comment