Sunday, 29 October 2017

MAKSUD WALAUN


Lama juga ambo mencari maksud walaun yang kerap digunakan di media sosial. Bahkan, ambo juga ditanya oleh seorang sahabat tentang maksud walaun dan tentulah ambo jawab tidak tahu.

Hari ini (29-10-2017) baharu ambo faham maksud walaun apabila membaca satu catatan seorang yang mencatatkan nama Alang Ibn Shukrimun di media sosial.

Di sini ambo salin dan tampal catatan itu.

AKU WALAUN

1. Mereka melabel orang-orang Pas yang masih istiqamah dengan perjuangan sebagai walaun. Kononnya ahli Pas telah tercandu dengan wala sehingga sanggup bermatian demi gerakan tercinta ini.

2. Sebaliknya mereka menggambarkan tindakan berani keluar jemaah adalah tindakan terpuji. Melawan jemaah lama pula dianggap sebuah kebijaksanaan.

3. Mereka mempermainkan istilah wala yang sebenarnya menjadi prinsip Islam. Wala adalah tuntutan Allah dari al-Quran. Ia juga terkandung dalam hadis-hadis Nabi. Bahkan ulama Islam membicarakan tajuk wala zaman berzaman. Ia salah satu dari signature agama Islam.

4. Melabel ahli Pas dengan gelaran walaun tidak membuatkan imej Pas tercalar. Bahkan imej mereka yang merudum akibat mempermainkan ajaran Islam. Orang Islam yang sebenar tidak tergamak menggunakan istilah agama sebagai bahan sendaan.

5. Ahli Pas tidak perlu bersedih dilabel walaun sebaliknya perlu berbangga dengannya. Mereka telah mengiktiraf kita sebenarnya berpegang teguh dengan prinsip agama. Semoga kita bertemu tuhan terus dengan gelaran ini.

6. Dari sudut yang lain, mereka dahulu keluar Pas sebab dilabel macam-macam oleh orang Pas. Kata mereka budaya melabel bukan budaya sihat. Tapi nyata hanya lidah sahaja yang manis. Teori sendiri pun tak mampu dipatuhi.

7. Dengan bangganya diisytiharkan, aku walaun!

(Alang Ibn Shukrimun)

#istiqamah...

11 comments:

  1. ek eleh parti maksum

    ReplyDelete
  2. Hahaha walaun badigol

    ReplyDelete
  3. Walaun penunggang agama

    ReplyDelete
  4. lebai jual agama..maruah lg rendah dari babi

    ReplyDelete
  5. Kesetiaan yang membawa kepada kekuata.

    ReplyDelete
  6. Benci sgt dgn parti PAS sampai sanggup label mcm2, xpe lah aku tetap istiqomah dgn parti yg perjuangkan islam

    ReplyDelete
  7. Mampus punya alasan. Walaun tidak kena mengena dgn Wala. Kalau boleh dikaitkan begitu. PAS boleh dikatankan PApa Gomo. Bodoh punya pAS

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas makian..sesungguhnya segala puji bagi Allah....teruskan berbuat demikian demi memartabatkan ugamamu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga allah permudahkan urusan kita semua...biar di hina dan dicaci...x dop masalah....

      Delete
    2. Takut baca komen orang Islam yg menghina kesatuan agamanya sendiri. Pusinglah mcm mana nk pusing,PAS itu parti Islam. Kalau benci tindakan individu sekalipun, tinggalkan Islam dalam ucapan bencimu. Semoga kita semua dikurniakan hidayah oleh Allah sebelum kita pergi memulakan hidup yang sebenar, inshaAllah aminn. Penyesalan itu pasti wahai saudaraku..*peringatan buat diri sendiri yang selalu lupa akan dekatnya mati

      Delete
  9. Pas penipu.. Pas bukan Islam yg sebenar, dlm parti PN blh lihat wajah pas, sama sama dgn midin menipu Rakyat. Kita buat Amal ibadat kerana Allah,ikit sunnah Rasullullah.. Bukan ikut pas. Pas pembohong, pas Malaun

    ReplyDelete