Majlis Perasmian Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho pada 04
Oktober 2017, anjuran Bersama Kerajaan Negeri kelantan dan Gabungan Pertubuhan
Tiong Hwa Kelantan dengan kerjasama MPKB-BRI disempurnakan Datuk Ahmad Yakob, Menteri
Besar Kelantan) ribuan rakyat Kelantan.
Masjid perasmian diadakan sempena sambutan Pesta Tanglung
2017 yang bermula dengan perarakan Tanglung bermula dari Sekolah Menengah
Kebangsaan (Cina) Chung Cheng ke Dataran Cheng Ho. Pengunjung kemudian dihiburkan
dengan persembahan Gendang Cina, Tarian Singa Selatan, Orkestra Muzik Cina, Tarian
Singa Utara, Tarian Singa Akrobatik Heng Ann, Tarian Melayu, Tarian Naga, Tarian
Singa Selatan Wei Yang, Tarian Budak, Tarian Thai, Tarian Singa Selatan Siang
Long, Akrobatik dan Muka Topeng, Dikir Barat, Gendang Cina dan Tarian Raja
Singa Malaysia Kun Seng Keng.
Kewujudan Pintu Gerbang Dataran Cheng Ho di Jalan Kebun
Sultan yang menelan belanja kira-kira RM600,000 menjadi mercu tanda baharu
khususnya bagi masyarakat Cina di Kota Bharu.
Pintu gerbang itu signifikan membuktikan keharmonian hidup
masyarakat pelbagai kaum di negeri Kelantan.
Pintu gerbang dinamakan sempena dengan nama Laksamana Cheng
Ho seorang tokoh hebat terawal datang ke rantau ini dan dikagumi seluruh masyarakat.
No comments:
Post a Comment