Monday 8 October 2018

Keadaan Ekonomi Negara Semakin Merundum


Laporan agensi penarafan antarabangsa iaitu Moody's, Standard & Poors dan Fitch Ratings, tiada satu pun dari ketiga-tiga agensi penarafan itu menyebut hutang negara Malaysia sebagai RM1 trilion.

Laporan Bank Negara Malaysia juga menyatakan bahawa hutang Malaysia pada akhir bulan Jun 2018 ialah RM725 bilion iaitu kenaikkan dari RM686 bilion pada akhir tahun 2017. Juga bukan RM1 trilion. Laporan Bank Dunia juga tidak menyebut hutang Malaysia adalah RM1 trilion.

Sebaliknya, Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia. Walaupun berita ini dilaporkan dengan agak meluas di luar negara (contohnya di Nikkei, media Jepun) tetapi media tempatan tidak membuat liputan luas mengenainya.

Kerajaan telah mengeluarkan laporan dagangan antarabangsa untuk bulan Ogos. Eksport telah menurun manakala import naik dengan tinggi. menyebabkan lebihan dagangan antarabangsa jatuh dengan banyak iaitu paling rendah bagi tempoh 45 bulan. Laporan itu juga mengesahkan eksport minyak sawit jatuh sebanyak 27%.

Trend menurun ini membimbangkan. Lebihan dagangan antarabangsa jatuh teruk dalam bulan Mei dan Jun kepada RM6 bilion iaitu setengah daripada lebihan RM13 bilion untuk bulan April kerana jumlah import kita telah naik dengan pesat manakala kadar pertumbuhan ekspot kita telah menurun. Ini mungkin disebabkan oleh GST disifarkan dan menyebabkan pengguna menjurus kepada pembelian barang import.

Jika permintaan domestik dan import terus meningkat dalam keadaan pertumbuhan eksport merosot, negara boleh berhadapan dengan defisit dagangan, dan itu bermakna 3 kali defisit iaitu defisit bajet, defisit akaun semasa dan defisit dagangan luar.

Semoga kerajaan mengambil langkah lebih proaktif untuk memacu ekonomi lebih baik dengan Malaysia Baru.

No comments:

Post a Comment