Monday, 8 October 2018

BENTUK BUAH LIMAU JEBO ATAU JEBUR

Dalam dialek Kelantan, botol dipanggil jebur atau jebo. Bagaimanapun tidak semua botol dipanggil jebur. 
 
Botol yang dipanggil jebo lebih merujuk kepada jenis botol yang bahagian bawahnya besar dan atasnya kecil. Contohnya botol minuman, botol kicap dan botol cuka.

Catatan ini bukan mengenai jebo, tetapi sejenis limau yang dipanggil limau jebo atau limau jebur. Limau ini berada kuat dalam ingatan penulis kerana inilah jenis limau terawal dimakan oleh penulis semasa kecil dahulu. 
 
Ada sepokok limau jebo berhampiran rumah penulis. Namun pokok limau jebo ini jarang berbuah atau berbuah tidak lebat.

Limau jebur dinamakan sedemikian kerana bentuknya besar di bawah dan kecil di bahagian atas atau berhampiran tangkai. 
 
Sebenarnya, limau jebur antara spesis limau tempatan yang semakin berkurangan. Tidak pasti mengapa limau jebo tidak ramai ingin menanamnya. Kalau hendak dikira rasanya, isinya manis dan bersari.

Disebabkan sudah lama tidak melihat limau jebur dan tidak memakannya, penulis juga sudah jadi keliru dengan rupa sebenar limau jebo. 
 
Perkataan 'limau jebo' kembali menerjah minda penulis apabila rakan Facebook memuat turun gambar yang tidak dinyatakan nama jenis limau itu, tetapi ada rakan yang mengatakan limau itu adalah limau jebo. Pada pengamatan penulis, itu bukan limau jebo. Sebaliknya sejenis limau bali yang berukuran kecil.

Melalui carian di internet, terdapat banyak perkataan limau jebo ditulis, namun tanpa gambar. Yang ada gambar adalah limau jebo yang asalnya dikenali 'Asian Lime Fruit'. Maknanya itu nama yang baru digunakan untuk limau tersebut. 
 
Dilihat pada bentuknya, memang seakan-akan limau jebur, namun isinya yang pernah penulis lihat dahulu agak berbeza.

Tidak kisahlah, yang mana satu betul buah limau jebo atau jebur. Apa yang ingin dikisahkan ialah tentang botol yang dipanggil jebo. 
 
Limau jebo versi baru yang terkenal sekarang dipanggilkan limau jebo dengan menggantikan nama asal Asian Lime Fruit adalah kerana bentuknya macam jebo.

Limau (Citrus spp) merupakan sejenis tumbuhan atau buah yang menjadi antara salah satu buah yang sangat popular ditanam dan dimakan atau diproses di dunia. 
 
Limau atau pun seringkali dipanggil sebagai 'jeruk' ini juga merupakan istilah am dan genus (Citrus) bagi serumpun tumbuhan berbunga dalam keluarga Rutaceae.

Kajian oleh taksonomist dunia ada menyatakan dimana bahawa limau mungkin berasal dari sekitar Australia, New Caledonia dan New Guinea. 
 
Ada juga sesetengah penyelidik lain yang percaya dimana buah limau berasal dari suatu tempat di Asia Tenggara yang juga ianya bersempadan dengan India Timur Laut, Myanmar dan wilayah Yunnan di China.

Apa pun beberapa negara kini menjadikan pokok dan buah serta produk proses berasaskan limau ini sebagai sumber ekonomi terpenting bagi negara tersebut. 
 
Negara-negara berada di hemispiar utara dunia menghasilkan 70% daripada jumlah pengeluaran dunia dan bakinya adalah dari negara di hemispiar selatan.

Negara pengeluar utama limau dunia ialah Amerika Syarikat, China dan Brazil. Jus Oren merupakan antara produk proses berasaskan limau terbesar di dunia untuk dijadikan dagangan komoditi.

No comments:

Post a Comment