Mengandar
ialah membawa barang yang diletakkan tergatung pada batang kayu. Batang kayu
itu dipanggil kandar atau kandaran. Untuk membawa barang yang tidak diletakkan
di dalam bekas atau diikat, kandaran akan dibuat dalam bentuk yang mana ada
tempat untuk melekatkan barang itu.
Perbuatan
mengandar menggunakan kandar telah memberi nama kepada nasi kandar. Pada masa
dahulu, peniaga nasi kandar akan mengandarkan bekas nasi dan lauk berjaja dari
satu tempat ke satu tempat keliling kampung. Maka itu ia dinamakan nasi kandar.
Nasi
kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular. Menu nasi kandar berasal
dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India. Ia satu
hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan
kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.
Hidangan
nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging
lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur biasanya adalah
seperti terung, bendi dan peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini
dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan memberi satu rasa pelbagai pada nasi.
Mengikut
tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam
satu pinggan.
No comments:
Post a Comment