Nama Bukit Bunga semakin terkenal
dan menjadi tumpuan sebagai pusat membeli belah di Kelantan amnya dan bagi
penduduk Jeli dan Tanah Merah khasnya. Jarak pekan Bukit Bunga dari bandar Kota
Bharu kira-kira 75 Km dan 25 Km dari bandar Tanah Merah. Manakala dari sempadan
Malaysia - Thailand hanya kira-kira 1 Km yang dipisahkan oleh sebatang sungai.
Pekan Bukit Bunga terletak dalam
daerah (mukim) Jedok, jajahan (daerah) Tanah Merah. Namun, kebanyakan orang
menyangka Bukit Bunga berada dalam jajahan Jeli kerana ia terletak dalam
Parlimen Jeli.
Pekan Bukit Bunga mempunyai potensi
besar untuk terus membangun selari dengan pembangunan kawasan barat dan selatan
Kelantan. Kerajaan tidak mengabaikan kawasan tersebut biarpun kedudukannya agak
terpencil dari bandar Kota Bharu dan bandar-bandar utama lain di Kelantan.
Kedudukannya di laluan Jalan raya
Timur Barat yang menghubungkan Utara Semenanjung dengan Pantai Timur banyak
membantu perkembangan perniagaan di pekan tersebut. Sebahagian besar pembeli di
pekan Bukit Bunga adalah mereka dalam perjalanan di antara kedua-dua destinasi
tersebut.
Satu lagi faktor membantu
pembangunan Bukit Bunga ialah pembukaan laluan menghubungkan Malaysia (Bukit
Bunga) - Thailand (Buketa) dan penempatan Kompleks Imigresen Kastam dan Kuarantin (ICQ) Bukit Bunga berhampiran pekan itu.
Melalui laluan tersebut, lebih ramai rakyat dan lebih banyak barangan dari kedua-dua negara dapat keluar masuk dengan secara sah.
Pembangunan Bukit Bunga dan kawasan Jeli khasnya banyak berlaku pada masa Datuk Mustapa Mohamad menjadi Ahli Parlimen Jeli ketika mewakili Barisan Nasional.
Melalui laluan tersebut, lebih ramai rakyat dan lebih banyak barangan dari kedua-dua negara dapat keluar masuk dengan secara sah.
Pembangunan Bukit Bunga dan kawasan Jeli khasnya banyak berlaku pada masa Datuk Mustapa Mohamad menjadi Ahli Parlimen Jeli ketika mewakili Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment