Tuesday 16 October 2018

DURIAN ISI MERAH DIJADIKAN UBAT KERABAT DIRAJA

Isi durian warna merah? Biasanya isi durian warnanya kuning atau sedikit keputihah. Warna kuning menjadi pilihan kerana itu tanda jenis raja kunyit atau musang king. Kalau isi durian warna merah pula jenis apa?

Durian isi merah berasal dari daerah Banyuwangi, Indonesia. Sebab itu ada juga memanggil durian isi merah sebagai durian banyuwangi atau dipanggil durian abang atau durian dubang. 

Durian merah semakin popular dan semakin dikembangkan penanamannya di luar negara Indonesia.

Durian merah kini menjadi kebanggaan Indonisia sepertimana gahnya nama raja kunyit atau musang king di Malaysia. 

Durian merah dikatakan berasal dari hutan di wilayah Kalimantan. Durian merah dikatakan pernah dijadikan ubat mujarat yang digunakan oleh kerabat diraja.

No comments:

Post a Comment