Sunday, 18 November 2018

MEMBAKAR SEBAGAI TANDA PROTES


Membakar adalah salah satu tanda protes atau marah. Sebab itu dalam banyak demostrasi akan diadakan pembakaran replika, patung mahupun bendera.

Membakar bererti memusnahkan atau menunjukkan sikap api kemarahan yang membuak-buak. Mereka akan berasa puas apabila api marak menyala membakar patung atau replika. Dirasakan bahawa yang sedang marak menyalah dan menjadi debu itu adalah individu atau perkara yang sebenar.

Namun, ada satu amalan membakar yang tiada kaitan dengan perasaan marah. Sebaliknya, yang membakar itu akan marah jika dilarang membakar. Mereka cukup suka dan gemar untuk membakar. Sebab itu pemetik api sentiasa dibawa bersama. Jika tiada pemetik api, mereka sanggup dan rasa malu untuk bertegur sapa dengan orang lain demi untuk mendapatkan pemetik api.

Yang dimaksudkan ialah perokok. Perokok membakar sebatang demi sebatang rokok secara terbuka bukan bagi menunjukkan tanda protes dan anti rokok. Mereka membakar kerana suka dan gembira. 

No comments:

Post a Comment