Jenama Volkswagen cukup terkenal sebagai nama kereta yang mempunyai
sejarah kegemilangan tersendiri. Jenama Volkswagen bermula atau bertapak di Wolfsburg,
Jerman. Volkswagen
dalam bahasa Jerman bermaksud "kereta rakyat", dan sebutan
sebetulnya ialah "folks-va-gen"
Volkswagen pada
asalnya diasaskan pada tahun 1937 oleh Kesatuan Perniagaan Kesatuan Buruh
Jerman. Ia sebagai satu usaha untuk menyediakan kereta kepada golongan
pertengahan Pada awal tahun 1930-an industri kereta di Jerman tertumpu kepada
pengeluaran kereta mewah yang hanya mampu dimiliki golongan kaya.
Pemimpin
Jerman, Adolf Hitler terlibat secara langsung membantu industri kereta untuk
rakyat. Pihak swasta tidak bersedia untuk mengeluarkan kereta yang berharga
murah atau untuk golongan kebanyakan. Oleh itu, Hitler mengambil keputusan untuk
menaja semua kilang baru sebagai milik negara.
Prototaip
kereta dipanggil "KDF-Wagen" (kekuatan melalui kegembiraan), muncul pada 1936. Volks-awalan ("Rakyat")
tidak hanya digunakan untuk kereta, tetapi juga untuk produk-produk lain di
Eropah. Kereta bentuk kumbang sebenarnya terhasil melalui keputusan 'terowong
angin' yang telah dibangunkan di Jerman sejak awal tahun 1920-an.
Pembinaan
kilang baru bermula 26 Mei 1938 di bandar baru KDF-Stadt, kini dikenali
Wolfsburg. Namun, pengeluaran di kilang ini terbantut apabila Perang Dunia
Kedua meletus di Eropah pada tahun 1939.
Peperangan
telah mengubah matlamat asal kilang untuk mengeluarkan kereta untuk rakyat
telah bertukar kepada kenderaan untuk kegunaan tentera atau yang sesuai untuk
menjalankan fungsi di medan perang.
Untuk
memenuhi keperluan kenderaan perang yang banyak, Kerajaan Nazi Jerman telah
menggunakan buruh paksa atau dibayar dengan kadar upah rendah. Dianggarkan
kira-kira 15,000 pekerja terlibat sebagai buruh di Volkswagen pada masa
perang.
Selepas
perang tamat, beberapa proses penyusunan semula operasi dilakukan. Kawasan
kilang banyak mengalami kerosakan akibat terkena bom yang dilakukan oleh tentera
Amerika Syarikat.
Menjelang
1946 kilang telah menghasilkan 1,000 kereta sebulan, satu pencapaian yang luar
biasa memandangkan ia masih dalam keadaan rosak. Dari tahun 1948,
Volkswagen menjadi elemen yang sangat penting, simbolik dan ekonomi, pemulihan
kembali Jerman Barat.
Volkswagen
telah mula dipamerkan dan dijual di Amerika Syarikat pada tahun 1949, tetapi
hanya terjual dua unit di Amerika pada tahun Volkswagen Amerika Syarikat telah
ditubuhkan pada bulan April 1955 untuk menyeragamkan jualan dan perkhidmatan di
Amerika Syarikat.
Pengeluaran
Jenis 1 Volkswagen Beetle meningkat
secara mendadak sejak beberapa tahun kemudian, mencecah 1,000,000 pada tahun
1955. Ia telah dipasarkan di banyak negara, termasuk Kanada dan Perancis. Kawasan
kilang telah diperluaskan untuk memenuhi permintaan.
Biarpun
berdepan persaingan lain, khusus Ford, Volkswagen terus berada di hadap dari
segi jumlah jualan. Pada 17 Februari 1972, jumlah jualan 15,007,034 'Kumbang'
telah dicatatkan. Menjelang tahun 1973, jumlah pengeluaran adalah lebih 16
juta.
Dekad seterusnya,
Volkswagen melalui cabaran industri kereta dengan persaingan sengit yang
terpaksa melalui pelbagai pengubahsuaian atau penyusunan semula industri untuk
terus kekal bersaing dengan pengeluar lain.
Biarpun Volkswagen
sinonim dengan kereta berbentuk kumbang atau dipanggil juga kereta kura-kura, banyak
model lain yang cukup terkenal.
No comments:
Post a Comment