Thursday, 1 November 2018

Baju Korporat Kementerian Pertahanan Untuk Menteri dan Timbalan

Kementerian Pertahanan menyediakan baju korporat 'bush jacket' kepada Menteri Pertahanan dan Timbalan Menteri Pertahanan sebagai pakaian rasmi ketika menyertai program rasmi bersama anggota tentera seperti melawat kem, kawasan operasi dan sebagainya.

Warna baju 'khaki' antara rona warna yang selalu dipilih untuk uniform tentera di merata dunia.

Malah warna tersebut pernah dijadikan pakaian seragam rasmi TUDM sebelum tahun 1995.

Manakala pada tahun 2017, baju korporat warna 'khaki' dipilih sebagai pakaian rasmi Sambutan Hari Kebangsaan 2017.

No comments:

Post a Comment