Kreatitivi dan
kelainan dalam menghasilkan sesuatu amat penting untuk berjaya. Jangan terlalu
jumud atau terikat pada kebiasaan. Kalau ikut yang kebanyakan,
maka akan timbul persaingan dan mungkin tidak mampu untuk berdepan dengan
mereka yang sudah hebat.
Jadi, carilah
kelainan dan sesuatu yang menjadikan sesuatu itu lebih hebat dan menarik. Lari
dan keluar dari kepompong biasa yang sudah biasa dilakukan oleh orang lain.
Kena banyak menguasai imagenasi dan kreatif. Buat inovasi dan berfikir di luar
kotak.
Kayakinan ini penting, kerana jika
tidak yakin pada apa yang dilakukan, maka yang timbul adalah keragu-raguan.
Jika timbul keraguan orang lain pun susah untuk mengikutinya.
Jadi keyakinan dalam melakukan sesuatu
yang tak lazim atau di luar kebiasaan adalah penting dan menjadi perhatian
utama, kerana sesuatu yang diluar kebiasaan biasanya ditolak oleh kebanyakan
orang, kecuali kalau idea itu mampu dipertahankan.
Untuk mencari kekuatan, maka
bersedialah dalam minda untuk dicemuh dan dikatakan pelik. Jika kita yakin,
teruskan apa yang ingin dilakukan itu. Apa yang penting ialah perkara yang
tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang. Jika setakat perkara yang lain
dari unsur adat, budaya dan kebiasaan, itu masih boleh dipertahankan.
Cemuhan dan kritikan pasti hadir dari
mereka yang mindanya tertutup atau berasa bahawa dirinya sahaja yang betul.
Sikap mudah menghukum dan menilai rendah terhadap orang lain wujud dalam diri
mereka yang minda tertutup dan dikuasai sikap sombong. Dia tidak boleh melihat
sesuatu dari kebiasaan, maka terus menghukum sebagai salah dan bodoh.
Yakinlah kepada apa yang diusahakan.
Biar nampak seperti tidak mungkin berjaya, namun yakinlah kepada usaha. Tepis
atau biarkan kata-kata negatif daripada orang lain. Tetap berpegang pada
prinsif dan kelainan yang ingin dilakukan.
Sudah menjadi adat melawan arus, jati
diri mesti kuat. Kalau ibarat sungai arusnya deras, maka orang yang berfikir
atau berbuat di luar kebiasaan, harus berpegang prinsif kuat-kuat.
Dengan prinsip yang dijadikan landasan
yang kukuh, maka apapun yang dilakukannya atau difikirkan walaupun berbeza
dengan apa yang dilakukan atau dipikirkan orang lain, baginya tak masalah.
Ibarat batu karang di tengah lautan,
walaupun ombak sebesar gunung menghantam, batu karang tersebut tetap berada di
tempatnya. Sehingga ada orang sanggup bersusah panyah untuk melihat batu
karang.
No comments:
Post a Comment