Tapak kaki ada jenis melengkung,
sederhana rata, rata sepenuhnya atau bengkok ke dalam. Jenis bentuk tapak kaki memberi
kesan kepada kesihatan.
Kaki rata merujuk kepada keadaan
gerbang atau lengkungan kaki tersentuh sepenuhnya atau hampir lengkap pada
tanah ketika individu itu berdiri.
Individu yang memiliki tapak kaki
sederhana rata, rata sepenuhnya dan bengkok ke dalam adalah individu mempunyai
pelbagai masalah kaki. Manakala bagi mereka yang mempunyai tapak kaki
melengkung tidak perlu risau kerana bentuk kaki jenis itu normal.
Kebiasaannya ramai individu yang
mengalami masalah bentuk tapak kaki rata sepenuhnya. Masalah itu disebabkan
faktor keturunan, pemakaian kasut yang tidak sihat dan otot kaki tidak kuat.
Individu yang mempunyai jenis tapak
kaki rata sepenuhnya bakal berdepan masalah kesihatan apabila meningkat dewasa
dan seterusnya ketika tua.
Jenis tapak kaki rata sepenuhnya ialah
satu bentuk kecacatan kaki. Kecacatan ini boleh diperbetulkan dan diatasi sebelum
individu terbabit berusia 14 tahun kerana ketika itu tulang masih lembut dan
boleh dibentuk semula.
Bagaimanapun, sekiranya masalah ini
tidak diperbetulkan sehingga individu itu dewasa, mereka akan kekal dengan
keadaan kaki itu selama-lamanya.
Keadaan itu bukan saja memberi tekanan
kerana perlu menanggung kesakitan dalam tempoh lama malah lebih membimbangkan
apabila ia bakal memberi kesan negatif terutama kepada kesihatan individu itu.
Ibu bapa atau golongan dewasa seharusnya
memainkan peranan dengan bersikap lebih prihatin memantau perkembangan tapak
kaki anak sama ada normal atau luar biasa kerana jenis atau kecacatan kaki
hanya boleh dilihat selepas berusia lima tahun.
Golongan itu akan mengalami masalah
kesakitan seperti sakit pada tumit, tulang kering, tulang belakang, leher,
lutut, postur badan yang tidak seimbang dan pergerakan jalan yang tidak cantik.
Semua kesakitan akibat kecacatan itu
hanya akan dirasai selepas individu terbabit meningkat dewasa kerana ia tidak
terlihat ketika individu itu masih kanak-kanak.
Lama-kelamaan individu terbabit akan
berterusan berasa sakit kerana keadaan kaki akan bertambah teruk sekiranya ia
tidak ditangani dengan betul.
bagimana cara rawatan bagi anak yg berusia 18 tahun adakah masih sempat untuk membuat rawatan
ReplyDelete