Kempen
menyokong atau mengutamakan produk muslim bukan bermaksud mencipta perbalahan
atau sengketa dengan kaum lain. Jadi, mengapa perlu ada mengatakan kempen itu
bersifat perkauman dan ditegah oleh Islam?
Tentu
sekali tidak salah untuk kita membantu sesama muslim. Bahkan, itulah yang
digalakkan dalam Islam. Sesungguhnya setiap muslim bersaudara dengan muslim
yang lain.
Jadi,
membantu sesama muslim yang menjadi tuntutan agama adalah lambang kepada keimanan
seseorang.
Justeru,
orang Islam perlu mengutamakan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh
orang Islam. Bahkan menjadi fardu kifayah untuk orang Muslim menyediakan
keperluan untuk orang Islam.
Kalau
menyediakan keperluan halal untuk orang Muslim dikira fardu kifayah, maka fardu
kifayah juga bagi orang Islam menyokong produk Islam bagi memastikan ia mampu
bertahan di pasaran.
Di
Malaysia, penganut Islam adalah yang terbesar. Jadi, kuasa beli umat Islam
adalah besar.
Jika
orang Islam membeli dan mengutamakan produk orang Islam, maka ia secara
langsung akan meningkatkan ekonomi umat Islam.
Perniagaan
adalah berkaitan permintaan dan penawaran. Jika orang Islam meningkatkan
permintaan terhadap produk Muslim, orang Islam akan meningkatkan pengeluaran.
Peningkatan
pengeluaran akan memberi peluang lebih banyak orang Islam terlibat dalam
peringkat-peringkat yang berkaitan dengannya. Ia memberi peluang perkerjaan dan
meningkatkan sosial ekonomi orang Islam.
Pengusaha
Islam akan lebih berjaya dan berdaya saing. Keuntungan yang diperoleh akan
meningkat. Pengusaha Islam akan mengeluarkan zakat apabila perniagaannya untung.
Zakat itu pula pastinya dapat dimanfaatkan kepada orang Islam.
Jadi,
jika ada mengaku orang Islam, utamakan produk dan perkhidmatan disediakan
Muslim.
No comments:
Post a Comment