Friday, 16 August 2019

BANGSA MELAYU TENTU SENDIRI MASA DEPAN


Bangsa Melayu mempunyai tanggungjawab penting menentukan masa depan dan hala tuju negara. Perpaduan Melayu akan menguatkan lagi pengaruh dan peranan orang Melayu di negara ini.

Sehubungan ini, nasionalisme Melayu yang dijadikan dasar perpaduan Melayu adalah dasar yang boleh diterima Islam, selagi dasar dan perpaduan ini tidak menafikan hak asasi umat Islam lain dan juga bangsa lain yang menjadi sebahagian rakyat negara kita.

Kita tidak mahu anak cucu kita mengemis di tanah air sendiri dek kerana kesilapan kita pada hari ini.

Pemikiran orang Melayu banyak dibentuk oleh resam dan budaya Melayu itu sendiri yang dilihat menjadi punca kenapa kita masih ketinggalan jauh dari sudut ekonomi, dan hari ini kuasa politik Melayu juga kian terhakis.

Jika orang Melayu masih lagi bersikap “acuh tak acuh”, Melayu kelak hanya tinggal nama sahaja.

Lantaran itu usaha mengubah budaya pemikiran Melayu baharu bagi menggantikan pemikiran Melayu yang sudah dianggap tidak sesuai dalam dunia yang penuh persaingan ini. Pokok pangkalnya kita harus bermula. Mungkin ini satu permulaan.

Permulaan bersatu dan meninggalkan perbalahan politik dan ideologi yang selama ini menjadi punca kelemahan Melayu. Melayu akan kuat jika bersatu.

Perlu menarik lebih ramai lagi Melayu untuk bersama-sama bangkit mempertahan hak Melayu dan Islam yang dirodak dan dicarit-carit oleh pihak yang mendakwa membina Malaysia Baru. 

No comments:

Post a Comment