Saturday, 7 September 2019

DAHULU BASIKAL MESTI ADA LESEN

Basikal dianggap pengangkutan 'mewah' apabila golongan berada sahaja mampu memiliki kenderaan dua roda itu. Basikal mula diperkenalkan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Semasa meletus Perang Dunia Kedua yang turut melibatkan Tanah Melayu apabila tentera Jepun meyerang dan menakluk Tanah Melayu, basikal digunakan oleh tentera Jepun ketika kemaraan dari utara sehingga selatan.

Ketika mula diperkenalkan di Tanah Melayu, basikal perlu didaftarkan dengan pihak berkuasa mengikut negeri masing-masing.  

Tidak banyak maklumat yang boleh dijumpai berkenaan dengan lesen basikal ini kerana hal ini semakin dilupakan. Tidak terdapat maklumat khusus ditulis mengenai lesen basikal ini. 

No comments:

Post a Comment