Komposisi penganut Islam di Malaysia melebihi
60 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Panganut Islam di Malaysia
mengamalkan fahaman Ahli Sunah Wal Jemaah aliran Mazahab Shafiee.
Satu amalan yang masih utuh dan kuat dipegang
dalam cara hidup penganut Islam ialah bersatu padu dalam soal keagamaan, terutama
sekali di kalangan penduduk kampung.
Mereka bersama-sama menjayakan sesuatu yang memberi
kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.
Malang sekali disebabkan fahaman politik yang
sempit dan ekstrem, penganut Islam di Malaysia berpecah. Permusuhan politik berakar
umbi dalam masyarakat sehingga menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik dan
lebih-lebih lagi ekonomi.
Usaha penyatuan ummah perlu digembelingkan. Ketepikan
perbezaan fahaman politik dan ideologi.
Bersatu demi Islam. Perkara yang perlu dipentingkan
ialah memastikan penganut Islam terus dihormati dan mendapat tempat yang sewajarnya
sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama
Persekutuan.
No comments:
Post a Comment