Ikan
puyu popular di kalangan penduduk tempatan kerana mudah ditangkap di bendang,
sawah, paya, sungai dan kolam. Ikan puyu ditangkap dengan cara memancing,
memukat dan menjala.
Ikan
puyu boleh dibuat pekasam, dikeringkan ataupun lebih sedap digoreng mahupun
digulai lemak.
Beberapa
spesis ikan puyu yang lazim terdiri dari dua jenis ikan puyu jenis puyu siam
dan ikan puyu kampung.
Spesis
ikan puyu siam ini boleh didapati di kawasan paya air payau. Ikan ini berwarna
coklat. Mulutnya runcing sedikit dan terdapat bintik bintik. Puyu jenis coklat
ini memang ada di seluruh negara bukan sahaja di Siam, tapi di Malaysia kita
dipanggil puyu siam.
Berat induk
betina puyu ini boleh mencapai 600 gram seekor. Anak ikan puyu siam lebih tahan
lasak dan pembesarannya lebih cepat berbanding ikan puyu kampung tapi untuk
pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup.
No comments:
Post a Comment