Nama Rempah Giling Bumiputera sudah terkenal di
negeri-negeri utara Semenanjung, terutama di Pulau Pinang. Nama 'Bumiputera' sah
dihasilkan oleh bumiputera dan beragama Islam.
Juteru tidak diragukan tentang halal, bersih dan
suci. Produk diproses secara amalan seorang Muslim.
Biarpun tanpa pengawet, produk boleh disimpan
dalam peti sejuk selama setahun. Resepi warisan turun-temurun cita rasa tradisional.
Rempah digiling mengunakan batu giling supaya
rasa dan keasliannya adalah sama yang mampu membangkitkan aroma masakan.
Produk Rempah Giling Bumiputera dikeluarkan Rencah
Rasa Enterprise dari Penaga, Butterworth, Pulau Pinang.
Jenis rempah yang dihasilkan ialah kari ikan,
kari daging, kambing dan ayam, serta cili giling.
Rempah Giling Bumiputera menjadi pilihan ramai
kerana lebih murah, sedap dan menepati citarasa penggemarnya.
Jadi, jangan ragu-ragu untuk membeli Rempah Giling
Bumiputera yang setanding dengan rempah keluaran syarikat ternama.
No comments:
Post a Comment