Friday, 10 September 2021

JALAN PINTASAN BENTONG BERI KESELESAAN KEPADA PENGGUNA


Masalah kesesakan kronik pada setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah yang berlaku di bandar Bentong, Pahang dapat diatasi dengan siapnya Jalan Pintasan Bentong (Bentong Bypass Road). .

Jalan Pintasan Bentong merupakan sebahagian daripada fasa pembinaan Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) membolehkan pengguna dari Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak tidak perlu memasuki bandar Bentong untuk ke Raub dan seterusnya.

Projek Jalan Pintasan Bentong sepanjang 22.7 kilometer (Km) dengan dua lorong itu akan menjadi alternatif baharu kepada pengguna jalan raya untuk tidak lagi melalui pekan Bentong yang kerap sesak.

Jalan pintasan yang bermula selepas Plaza Tol Bentong (susur keluar Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak) berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) akan melalui kawasan Benus dan Kampung Lebu.

No comments:

Post a Comment