Friday 20 January 2017

Buah merkang terkenal di Kelantan

Buah tampoi atau merkang kini dikategorikan buah nadir. Di Kelantan ia juga dipanggil buah ngekae, ngke, moke dan sebutan lain dalam loghat Kelantan. Pokok ini berbuah di batang dan dahan seperti rambai. Kulitnya tebal dan isinya macam buah rambai tetapi agak keras sedikit.

Buahnya sebesar bola tenis dengan isi berwarna putih. Rasanya masam manis dan ada jenis yang masam. Kulit buah ini akan terpecah kepada tiga bahagian apabila ditekan.

Nama botaninya Baccaurea macrocarpa dari keluarga Phyllanthaceae. Buah merkang lebih dikenali dengan nama buah tampoi di luar Kelantan.

Buah merkang atau tampoi pasti terkenal pada masa dulu. Sebab itu nama buah nadir ini dipilih sebagai nama tempat. Di Johor terkenal dengan nama tempat Tampoi yang sinonim dengan Hospital Permai. Selain itu di negeri-negeri lain juga terdapat nama tampoi yang diabadikan kepada nama tempat. 

Di Negeri Sembilan ada tempat dinamakan Sungai Tampoi. Di Dengkil, Selangor pula ada tempat dinamakan Bukit Tampoi. Manakala di Melaka ada Jalan Tampoi dan Kampung Tampoi. Sungai Tampoi ada juga di Perak dan Sarawak, Bukit Tampoi ada di Kedah dan Perlis. Di Sabah buah tampoi juga dipanggil tampui.

Manakala di Kelantan terdapat mukim yang dinamakan Merkang yang terletak di jajahan Pasir Putih.

Nama Merkang pernah menjadi sebutan seluruh negara apabila satu pasukan dikir barat di mukim atau kampung itu iaitu Kumpulan DK Merkang berjaya memasuki Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2008, bertembung dengan Kumpulan Sri Budi dari Kota Bharu.

Dalam pertandingan itu, Kumpulan DK Merkang berjaya menjadi johan, selain dua orang pendikirnya berjaya meraih Joro Terbaik iaitu Mohd Hanafiah Jusoh dan Mohd Suhaimi Ibrahim pula memenangi sebagai Tukang Karut Terbaik. 

1 comment:

  1. Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete