Friday 20 January 2017

Orang pertama cipta kapal terbang


Tamadun Islam yang bermula di Damsyik, kemudian berpindah ke Cardova sebelum membina kegemilangan di Baghdad telah memberi sumbangan besar kepada dunia dalam pelbagai bidang.  Namun, perkara itu dinafikan oleh Barat yang mengaku penemuan dalam banyak bidang bermula di Barat.

Hakikatnya, ilmu dari sarjana Islam telah dicedok dan diperkembangkan di Barat sebelum mengaku itu hasil penemuan atau ciptaan awal mereka. Mari kita lihat penemuan atau kejayaan yang dirintis oleh sarjana Islam. 

- Operasi Bedah
Sekitar tahun 1000, seorang doktor Al-Zahrawi menerbitkan 1,500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. 

Di antaranya, Zahrawi menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dilaporkan melakukan operasi caesar dan mencipta sepasang alat-flop pembedahan.

Sir John Bagot Clubb (16 April 1897 - 17 Mac 1986) menulis:
"Sekolah-sekolah perubatan sangat aktif di Baghdad setibanya zaman Mamun. Hospital awam percuma pertama dibuka di Baghdad pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid. Dengan pembangunan sistem ini, para pakar perubatan dan pembedahan dilantik sebagai pensyarah kepada penuntut perubatan dan mengurniakan diploma kepada mereka yang dikira layak menjadi pengamal perubatan. Hospital pertama di Mesir dibuka pada tahun 872 M dan selepas itu hospital-hospital awam dibuka di seluruh empayar Islam, dari Al-Andalus dan Maghribi hinggalah ke wilayah Parsi."

-  Kopi
Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi untuk berjaga bagi menunaikan ibadah pada larut malam. Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar dan kemudiannya kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi pada abad ke-16 ketika kacang mula direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

- Mesin Terbang
Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang cuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka bentuk sebuah peranti sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Reka bentuk yang dibuatnya oleh Abbas menjadi inspirasi bagi seniman Itali Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

- Universiti
Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama (tidak menawarkan tahap pengajian penuh seperti universiti sekarang) di Fez Maghribi yang dikenali Universiti Al-Karaouine.  Universiti tersebut diiktiraf oleh Buka Rekod Dunia Guiness sebagai universiti tertua di dunia. 

Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersama menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1,200 tahun kemudian.
Universiti Al-Azhar  yang ditubuhkan di Kaherah, Mesir pada abad ke-10, menawarkan beberapa ijazah akademik termasuklah ijazah pascasiswazah dan dianggap universiti penuh yang pertama.

- Algebra
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 Kitab al-Jabr Wal-Mugabala yang diterjemahkan ke dalam buku The Book of Reasoning and Balancing. Membina akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem penyatu untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Ahli matematik lain Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

- Optik
Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia muslim. Di antara tahun 1,000 masihi Ibn al-Haitham membuktikan manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Fizik hebat muslim lain juga mendapati fenomena pengukuran kamera dijelaskan bagaimana mata gambar dapat dilihat dengan sambungan antara optik dan otak.

- Muzik
Pemuzik muslim mempunyai kesan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, biola. Skala not muzik moden juga dikatakan berasal dari abjad Arab.

- Berus Gigi
Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Miswak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

- Engkol
Banyak dasar sistem automotif moden pertama kali berasal dari dunia muslim. Dengan menukar gerakan putaran dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemui oleh Al-Jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

- Angka 0, 1-9. 
Bayangkan saja angka-angka 0, 1 - 9 yang sekarang digunakan di seluruh dunia.
Angka-angka ini diperkenalkan pertama kalinya oleh ilmuwan Islam iaitu al-Khawarismi.

- Formula graviti universal
Penemuan "Hukum Graviti Universal" oleh Newton (Principia, 1687) dianggap sebagai salah satu puncak tertinggi dari seluruh peningkatan kecerdasan spesies manusia.

Sebenarnya, seorang ilmuwan Islam bernama Muhammad Ibn Musa di abad 9 mendahului Newton, sudah menciptakan hipotesis akan adanya suatu Daya Tarik raksasa dalam pergerakan benda-benda luar angkasa.

- Sabun
Salah satu penemuan penting yang dicapai umat Islam di era keemasan adalah sabun. Sejak abad ke- 7 M, umat Islam telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang mutakhir. Menurut Ahmad Al-Hassan dalam bukunya berjudul, Technology Transfer in the Chemical Industries, kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi pusat industri sabun.

Sabun yang kita kenal hari ini adalah warisan dari peradaban Islam. Sabun yang terbuat dari minyak sayuran seperti minyak zaitun serta minyak aroma. Salah seorang sarjana Islam yang telah mampu menciptakan formula sabun adalah Al-Razikimiawan berasal dari Persia.

Hingga kini, formula untuk membuat sabun tak pernah berubah.
Sabun yang dibuat umat Islam di zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi.

Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut.

Resepi pembuatan sabun di dunia Islam juga telah ditulis seorang doktor terkemuka dari Andalusia Sepanyol Islam bernama Abu Al-Qasim Al-Zahrawi alias Abulcassis (936-1013 M).

- Robot 
Patung-patung bergerak al-Jazari. Banyak yang menyangka Robot pertama diciptakan oleh Leonardo da Vinci di tahun 1495. Sedangkan perkara ini telah ditemui tahun 1206, seorang ilmuwan bernama Al-Jazari sudah menciptakan sebuah ”mesin” yang boleh bergerak-gerak menggunakan tenaga air berbentuk manusia. Ini, adalah salah satu Robot pertama dalam sejarah manusia.

Dengan kata lain, ilmuwan Islam sudah membuatnya 200 tahun sebelum Leonardo Da Vinci dilahirkan.

No comments:

Post a Comment