Cara dan bacaan sembahyang jenazah. Kematian adalah pasti. Orang
yang telah mati, maka terputuslah tugasnya di dunia ini. Dia tidak mampu lagi
untuk menguruskan dirinya. Semua yang berkaitan dirinya perlu diuruskan oleh
orang lain yang masih hidup. Ini termasuk urusan pengurusan jenazah hinggalah
dikembumikan.
Antara perkara perlu dilakukan terhadap jenazah ialah memandikan
dan menyembahyangkan. Kedua-duanya fardu kifayah itu sudah memadai dilakukan
oleh orang tertentu terhadap jenazah itu. Bagaimanapun elok kita turut sama
melakukan, terutama turut menyembahyangkan jenazah itu.
Malangnya, tidak ramai yang terlibat melakukan tuntutan itu.
Kalau pergi melawat jenazah dan menantikan untuk dikembumikan, lebih banyak
yang menanti saja.
Untuk mencari orang menyembahyangkan jenazah, tok imam perlu mencari satu kampung. Bahkan ada yang terpaksa menjemput dari kampung atau kawasan lain. Puncanya, banyak memberikan alasan tidak biasa menyembahyakan jenazah kerana tidak belajar.
Untuk mencari orang menyembahyangkan jenazah, tok imam perlu mencari satu kampung. Bahkan ada yang terpaksa menjemput dari kampung atau kawasan lain. Puncanya, banyak memberikan alasan tidak biasa menyembahyakan jenazah kerana tidak belajar.
Sembahyang jenazah memang tidak sama dengan sembahyang lain.
Paling ketara tidak ada perbuatan rukuk, sujud dan sebagainya seperti
sembahyang lain. Pun begitu tidak pula bermakna sembahyang jenazah lebih sukar.
Sebaliknya ia lebih ringkas dan mengambil masa yang singkat.
Syarat hendak melakukan sembahyang jenazah sama seperti
sembahyang lain seperti ada wudud, menutup aurat serta syarat lain. Bezanya
sembahyang jenazah dipanggil empat takbir dan bukannya empat rakaat.
Cara solat jenazah seperti berikut (panduan ringkas).
- Angkat takbir pertama serta niat.
- Baca Al-Fatihah hingga akhir.
- Angkat takbir kedua.
- Baca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.
- Angkat takbir ketiga.
- Baca doa kepada si mati.
++ “Allahummargh firlahu
warhamhu” (untuk mayat lelaki)
++ “Allahummargh firlaha
warhamha” (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang
belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa
pahala.
- Angkat takbir keempat.
- Beri salam. Maka selesai solat jenazah.
Mudah dan ringkas sembanyang jenazah sebenarnya. Pun begitu, kena belajar dengan mereka yang arif mengenainya.
Catatan di sini sekadar untuk mengatakan betapa ringkas dan mudah untuk menunaikan sembahayang jenazah. Tidak seperti yang 'ditakuti' kebanyakan orang yang kononnya hanya tok imam, tok lebai, ustaz, hafiz dan orang alim saja boleh menyembahyangkan jenazah.
Jadi, tidak ada alasan untuk tidak melakukannya. Berilah
penghormatan terakhir kepada jenazah, tambah-tambah lagi kepada jenazah ibu,
bapa, adik-beradik dan mereka yang menjadi sahabat kita ketika hidupnya.
No comments:
Post a Comment