Tuesday 3 January 2017

Suami ego siksa batin isteri

Hubungan kelamin atau jimak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Suami harus memastikan nafkah batin isteri dilaksanakan dengan sebaiknya apabila berkahwin.

Jimak sempurna akan memberikan kepuasan batin bagi suami isteri. Namun, ramai isteri yang tidak puas ketika jimak bersama pasangan. 
 
Islam memang memberi perhatian serius dalam mengubati masalah ini, khususnya yang berkaitan dengan suami, kerana mereka ketua bagi keluarga dan perancang kepada kebahagiaan. 

Fakta menunjukkan:
 - 70% isteri mengatakan mereka tidak pernah mencapai puncak orgasme/klimaks semasa melakukan hubungan seksual dengan suami.
 
- 65% isteri mengakui sering berpura-pura mencapai orgasme untuk memuaskan hati suami. .
-  Hanya 15% sahaja isteri yang mencapai orgasme lebih dari sekali dalam seminggu.
 - 78% isteri mengaku mereka lebih suka dibelai-belai sahaja dari melakukan seks memandangkan tidak mencapai kepuasan dari hubungan seksual dengan suami.

Fakta ini dilihat serius dan kebanyakan suami hari ini tidak mengendahkan masalah mereka dan kurang berusaha untuk menyelesaikan kerana malu atau ego yang menebal walaupun semua permasalahan bermula daripada para suami.

Maka itu setiap kali isteri diajak berjimak, ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak. Persepsi mereka, seks adalah untuk keseronokan suami semata-mata.  

Sebagai suami, tanggungjawab besar terletak di bahu suami untuk memastikan nafkah zahir dan batin terhadap isteri ditunaikan sebaiknya.

Ramai di kalangan isteri yang mengambil sikap mendiamkan diri sekiranya mereka tidak berasa puas. Sepatutnya isteri kongsi perasaan dengan suami secara berterus terang

Masa diambil oleh wanita untuk mencapai puncak biasanya lebih lama dibanding lelaki. Isteri yang berpura-pura orgasme memberikan kesan negatif terhadap kesihatan wanita secara batin mahupun batin.

Pakar merumuskan bahwa wanita harus mengalami orgasme ketika melakukan seks untuk mengelak beberapa penyakit seperti mastopathy (penyakit di payudara semacam gumpalan darah).

Pada saat tidak tercapai orgasme, darah akan mengalir lesu dan tertahan. Akibatnya, tubuh berdepan berbagai penyakit.

Wanita tidak mencapai orgasme akan mudah menjadi sering marah, pemurung atau susah tidur.

Bagi lelaki, berjaya mengalami orgasme, selain ceria dan sihat, ia dapat membantu meningkatkan kadar jangkahayat.

No comments:

Post a Comment