Sunday, 17 December 2017

RESTORAN MASYHUR TERKENAL DI KOTA BHARU


Adik kakak saudara mara sahabat taulan yang mana suka makan makanan mamak.. mari ambo nak khabar. Kalau nak makanan sedap... murah... mari Restoran Masyhur terkenal dengan masakan mamak. Kedai makan mamak pilihan ramai di Kota Bharu.  

Di Restoran Masyhur macam-macam ada.. roti canai, tosei, roti puri, capati, roti tisu, roti pisng, murtabak, mee goreng mamak, pasembur, rojak, nasi ala kandar, kari lauk ikan tenggiri, daging, ayam, ayam madu dan gulai kambing.

Di mana Restoran Masyhur? Mudah aje nak cari. Depan Wisma Persekutuan Kota Bharu, Jalan Bayam. Kena masuk jalan yang sama depan dengan pintu Wisma Persekutuan Kota Bharu. Terus aje sampai hujung.

Restoran lain yang turut popular di Kota Bharu ialah:

Kopitiam Kita boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling terkenal di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu dan dihimpunan di sini. Kiranya, macam menjadi 'one stop  center'

Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.

Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya,  Jalan Pengkalan Chepa.

Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya ringkas sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap.

Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang bertebaran di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedainya. Jadi, jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok, pastikan ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original.

Alamat: Belakang KBMC, Jalan Sultan Yahya Petra.   

Warung Pak Mat Pulau Pisang juga merupakan lokasi kedai makan menarik yang wajib dikunjungi di Kelantan. Apa yang istimewa? Sudah tentu Sup Kepala Ikan. Harganya memang mahal sedikit.

Apapun anda juga boleh makan sup ikan iaitu bahagian lain ikan dengan harga yang lebih murah. Selain itu, anda mesti cuba Teh Tarik Madu! Warung Pak Mat Pulau Pisang ni senang jer nak cari. Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar.

Restoran Nasi Ulam Cikgu menyediakan hidangan nasi putih serta lauk pauk seperti ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu.

Alamat: Kampung Kraftangan bersebelahan Istana Balai Besar.

Selamat menjamu selera. 

No comments:

Post a Comment