Masalah sikap dan cara hidup antara punca golongan isi rumah
berpendapatan rendah (B40) gagal keluar dari kepompong kemiskinan selain faktor
ekonomi.
Indikator kemiskinan merangkumi faktor ekonomi; masalah sikap;
pengetahuan dan kemahiran; hubungan dengan masyarakat dan persekitaran.
Sebenarnya terdapat projek penjanaan ekonomi oleh beberapa pihak
untuk membantu golongan ini tetapi terbantut sekerat jalan kerana masalah
tertentu termasuk komitmen kurang daripada B40 menyebabkan mereka kekal dalam
keadaan itu.
Sudah menjadi kebiasaan dalam rutin kunjungan kita ke rumah golongan
miskin apabila sesetengahnya masih belum bangun tidur walaupun jam sudah
menunjukkan pukul 11 pagi dengan alasan tidak ada kerja.
Malah kalau yang bekerja sendiri, mereka terlebih dahulu berada di
kedai kopi sehingga berjam-jama sebelum memulakan pekerjaan.
Yang bekerja sebagai buruh kasar, pukul 11 pagi baru mula kerja. Masuk
tengah hari, cuaca sudah panas dan mula hendak berehat dan makan. Sambung sebelah
petang pukul tiga dan pukul empat sudah mahu pulang.
Sebelum balik ke rumah, sekali lagi singgah di kedai kopi atau warung.
Sempat lagi duduk sejam dua sebelum masuk Maghrib.
Kononnya hendak rehat selepas penat kerja. Itu tidak lagi kira duduk
kedai kopi pada waktu malam sehingga lewat malam.
Kuantiti dan kualiti kerja tidak seberapa. Sukar untuk majikan memberi
upah harian yang lebih.
Malah ada yang tidak datang kerja jika dapat gaji. Ada yang dibayar
upah setiap minggu pada hari Khamis atau dua minggu sekali.
Mereka sepatutnya mempunyai
halatuju dalam hidup. Tingkatkan kualiti dan kuantiti kerja. Kurangkan masa berada
di kedai kopi berbual kosong. Balik kerja boleh usahakan tanah kosong di kawasan
rumah. Elok jika dapat cari kerja tambahan lain seperti berniaga kecil-kecilan.
No comments:
Post a Comment