Tuesday 26 February 2019

PERBEZAAN BUAH KURAN DENGAN KERANJI

Carian dalam Kamus Online DBP, kata kunci 'kuran' bermaksud asam keranji, keranji burung (padi), Dialium indum. Manakala perkataan 'keranji' pula didefinisikan sejenis pokok atau buahnya, Cynopetra polyandra.

Berdasarkan kepada nama botaninya, buah kuran dan buah keranji adalah dua spesis yang berbeza. Namun, ramai orang beranggapan dan tidak mengetahui atau tidak dapat membezakan antara buah kuran dan buah keranji.

Malah, ramai yang tidak mengetahui kewujudan buah kuran. Apa yang mereka kenal adalah buah keranji. Sebab itu, buah kuran lebih dikenali sebagai buah keranji, melainkan di kalangan orang yang arif mengenainya.

Ciri-ciri buah kuran dan buah keranji memang tidak banyak bezanya. Tetapi, bagi mereka yang arif mengenainya boleh membezakannya.

Kulit buah kuran hitam dan nipis. Isinya berwarna oren cerah dan gebu seperti baldu. Manakala bijinya berwarna coklat pekat dan rasanya masam-masam manis.

Sementara itu, kulit buah keranji berwana hitam pekat dan lebih tebal. Warna isinya pula berwarna oren pekat yang hampir kepada warna merah. Rasa isinya masam manis, tetapi tidak segebu buah kuran. Saiz buah keranji lebih besar berbanding buah kuran.
 
Gambar atas: Buah kuran
 
 

Gambar: Buah keranji kulitnya lebih tebal
 

No comments:

Post a Comment