Monday, 18 December 2017

Kopi cuba diharamkan ulama

Sejarah kopi dijadikan minuman agak unik. Kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi untuk berjaga bagi menunaikan ibadah pada larut malam.

Kemudian dibawa ke Kaherah oleh sekelompok pelajar. Kopi kemudiannya menjadi kegilaan ramai.  

Penyebaran kopi selari dengan penyebaran Islam. Di mana Islam berkembang, maka di situ ada peminat kopi.

Namun, pada masa sama kesan minum kopi diperdebatkan oleh sarjana Islam. Ada yang mengatakan haram minum kopi kerana memberi kesan yang ‘luar biasa’ kepada kesihatan dan rasa ketagih.

Ada yang cuba mengaitkan kopi dengan kesan minum arak yang diharamkan dalam Islam. Namun pada masa sama, mereka tidak menemui kesan memabukkan akibat minum kopi. Sedangkan yang ditegah dalam Islam adalah perkara yang memabukkan.

Di kalangan penganut Kristian juga timbul persoalan hukum berkaitan minum kopi. Paus Celement VIII pernah mempertimbangkan menghukum amalan minum kopi sebagai bidaah atau tidak baik untuk penganut Kristian. 

Tokoh perubatan dan sains Islam, Ibnu Sina telah membuat penyelidikan mengenai kesan minum kopi, terutama dari segi kandungan kamia. Kajian itu ada yang pertama mengenai kopi dari segi perubatan dan kesihatan.   

Sekitar 1400M, penyebaran kopi dan pembinaan kedai kopi pesat di Semenajung Arab, terutama di Makkah dan Madinah.

Pada 1453M kopi diperkenalkan di Konstantinopel oleh bangsa Turki. Kedai kopi yang pertama kali tercatat di sana bernama Kiva Han.

Kini, kopi menjadi minuman masyarakat seluruh dunia, selain teh.

No comments:

Post a Comment