Penyakit diabetes di kalangan
kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan
ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period".
Secara lazimnya, ia bertahan hanya
untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau
anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan
anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang.
Secara lazimnya penyakit kencing manis
tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta
mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan
atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan
insulin secukupnya.
Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang
Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang
Perubahan cara hidup mampu mengelakkan
kencing manis dan mengawal tahap gula dalam darah. Pesakit kencing manis
dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan dan mengawal
kencing manis.
Pemakanan. Pemakanan
berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori
pada sesehari itu terkawal. Berbincanglah dengan doktor atau pakar pemakanan
untuk cara diet yang terkawal.
Senaman. Senaman penting
untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung
dan paru-paru (kardiorespiratori). Senaman perlu dimulakan secara
beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.
Penjagaan berat badan. Pesakit
yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan
sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis
apabila berat badan dapat dikawal.
Pemeriksaan diri sendiri. Pesakit
kencing manis dinasihatkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari
dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit
berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.
No comments:
Post a Comment