Ada golongan yang mendakwa dirinya alim
dan takwa lebih berbanding orang lain merasa megah terhadap apa yang telah
dicapai olehnya. Lantas, sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka dianggap
pula sebagai tidak beriman atau kurang kuat imannya.
Sesungguhnya, kedudukan seseorang di
sisi Allah tidak ditentukan oleh individu lain. Jika seluruh manusia di muka
bumi ini menghina seseorang, sedangkan Allah SWT memujinya sebagai hamba yang
diredai, maka sudah memadai apa yang Allah SWT tetapkan itu.
Begitulah sebaliknya, biarpun dipuji
seluruh manusia, sedangkan Allah SWT menentapkan sebaliknya, maka pujian itu
tidak memberikan keuntungan sedikitpun kepada orang itu di akhirat nanti.
Maka sebab itu kita perlu ikhlas
melakukan amalan hanya kerana Allah SWT. Kemuliaan seseorang diukur berdasarkan
kepada takwanya, bukan banyak mana harta yang dimiliki atau tinggi mana
jawatannya.
Ini tidak pula bermakna kita
dilarang mencari kekayaan dan kedudukan. Islam meraikan sifat semualajadi
manusia yang berkehendakkan kepada kedua-dua keadaan itu.
Hanya apa yang perlu ditekankan
ialah janganlah harta dan kedudukan menjadi punca kita lalai daripada
menjalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya.
No comments:
Post a Comment