Saturday 23 February 2019

MAZAHAB FAHAMAN LIBERAL


Liberalisme adalah satu bentuk fahaman sekularisme, iaitu memisahkan aspek agama dan membolehkan sesuatu tindakan atau amalan bebas dari ketentuan agama.

Perkataan 'liberalisme' berasal daripada bahasa Inggeris bererti 'kebebasan'. Perkataan ini merujuk perkataan 'liberty' dalam bahasa Inggeris atau perkataan 'liberte' dari bahasa Perancis bermaksud bebas.

Syeikh Sulaiman al-Khirasi dalam kitabnya, Libraliyah al-Khirasyi menyatakan, "Liberalisme ialah mazhab pemikiran yang mementingkan kebebasan individu."

Mazhab ini menegaskan mengenai wajibnya menghormati kebebasan individu, serta berkeyakinan tugas utama pemerintah ialah menjaga, melindungi kebebasan rakyat seperti kebebasan berfikir, kebebasan menyampaikan pendapat, kebebasan hak peribadi dan juga kebebasan individu.

No comments:

Post a Comment