Friday 22 February 2019

NAMA PALING DISUKAI SESUAI UNTUK DINAMAKAN KEPADA ANAK


Sabda Rasulullah SAW bermaksud: ‘‘Nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdur Rahman.” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah) 

Disunatkan menamakan dengan nama nabi untuk mengekalkan ingatan kepada mereka dan sebagai galakan mencontohi mereka. Contohnya, Daud, Ismail dan Musa.

Tiada larangan meletakkan nama yang bukan berasal dari Arab selagi tidak membawa makna yang buruk. Orang Islam pada zaman jahiliah banyak mengekalkan nama-nama bukan Arab selepas keislaman mereka, walaupun mereka memeluk agama Islam. 

Nama yang dikhususkan kepada Allah tidak boleh disebut dalam bentuk marifah (ada alif dan lam) seperti al-Aziz, al-Hakim dan sebagainya. Sekiranya dinamakan dalam bentuk nakirah (tiada alif dan lam), ia dibolehkan. Contohnya, Hakim. 

No comments:

Post a Comment