Cara buat etak atau etok salai
sangat ringkas kerana hanya melibatkan proses menggaul etak bersama rempah
terdiri bawang putih, garam, jintan, serai, ajinomoto dan halia, sebelum
disalai selama 15 hingga 30 minit dan kemudian sedia dimakan.
Etak
disalai untuk mempecepatkan 'masak' sebelum dimakan. Kaedah lain penyediaan
etak untuk dimakan ialah dijemur di panas terik selama beberapa hari.
Rasa masim dan rempah memang menyelerakan. Kepada mereka boleh pernah menikmati rasa etok salai dicadangkan mencubanya. Pasti anda terpikat dan akan meminatinya.
Rasa masim dan rempah memang menyelerakan. Kepada mereka boleh pernah menikmati rasa etok salai dicadangkan mencubanya. Pasti anda terpikat dan akan meminatinya.
Etok menjadi identiti
rakyat Kelantan. Pernah dulu di Pasir Mas terdapat deretan gerai khusus untuk
menjual etak yang cukup terkenal.
Etak bukan sahaja
dihidangkan dalam menu makanan seharian, malah etak salai dijadikan snek pada
waktu bersantai bersama keluarga dan rakan. Rasa etak atau etok salai sangat
enak.
Penggemar etak salai
sanggup membelinya biarpun harganya kini semakin mahal dan sukar ditemui.
Etak adalah sejenis
hidupan cengkerang dan amat popular di Kelantan dijadikan menu hidangan harian
serta dijadikan snek ketika bersantai bersama keluarga dan rakan.
Dikenali sebagai corbicula
fluminea dalam bahasa saintifik, dulunya amat mudah didapati di
sepanjang sungai di negeri Kelantan. Sebab itu, ia terkenal dan menjadi
kegemaran rakyat Kelantan memakannya.
Malah, hidupan
tersebut turut menjadi sumber mata pencarian kebanyakan penduduk yang mendiami
kawasan pinggir sungai kerana permintaan yang tinggi di pasaran.
Jadi, etak dikatakan
seperti hidupan sungai lain menyumbang kepada kegiatan ekonomi penduduk di
sekitar tebing sungai. Kerja mencari etak atai 'ngokok etak' popular
terutama di kalangan penduduk berhampiran Sungai Kelantan.
Namun itu semua hanya
tinggal sejarah. Kini etak sukar untuk ditemui di dasar sungai di Kelantan
disebabkan pencemaran air sungai dan habitat etak yang diganggu oleh proses
pembangunan.
Etak yang masih banyak dijual di Kelantan sekarang ini dibawa dari sungai-sungai di negeri lain kerana tidak ada permintaan di tempat asalnya.
Etak yang masih banyak dijual di Kelantan sekarang ini dibawa dari sungai-sungai di negeri lain kerana tidak ada permintaan di tempat asalnya.
No comments:
Post a Comment